Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

12 Jun 2009

Sifat Belas Kasihan

Sifat ini adalah berkenaan rasa kasihan kepada orang lain dan mendorong kita untuk membantu orang lain yang ditimpa kesulitan atau kesusahan.Ramai jiran-jiran kita yang sebenarnya kita tidak sedar amatlah memerlukan pertolongan dan bantuan, tinggal lagi amatlah berat bagi mereka untuk membuka mulut untuk bersuara meminta bantuan.Buktinya sebuah rancangan di stesen televisyen masih lagi menyiarkan segala suka duka mereka yang hidup dalam kedaifan dan begitu senang sekali air mata kita mengalir, habis cerita berhentilah air mata kita mengalir. Miskinnya jiwa kita.

Sedangkan didalam ajaran agama kita ini, sifat sayang sesama Islam amatlah dituntut dan digalakkan agar dijalankan sepanjang masa, tanpa mengira warna kulit, bahasa dan bangsa.

Antara satu orang Islam dengan yang lain ada satu pertalian iaitu kita adalah bersaudara.
Tanpa mengira apa bangsa sekalipun kerana satu ugama, satu tuhan yang disembah, satu rasul yang diakui, satu udara yang dikongsi bersama.

Maknanya apabila sudah mengaku bersaudara maka seharusnya tiada lagi pergaduhan, cerai berai, memutuskan silaturrahim dan sebagainya.

Sedar atau tidak, kita sering membezakan orang lain yang berbeza mazhab sebagai contohnya, jika kita bermazhab Syafie cari pasal dengan mereka yang bermazhab Hanafi,
Kita berfahaman Syafie bergaduh dengan mereka yang faham Wahabi.

Bila mana ini berlaku, maka longgarlah kekuatan kita sesama Islam, dimanakah perjanjian kita tadi .Hilanglah sudah rasa belas kasihan kita kepada sesama Islam.

Bila tiada rasa belas kasihan sesama Islam, maka yang seing berlaku adalah khianat mengkhianati, berbohong sesama kita, satu sifat yang negatif.

Sekali lagi bila mana kekurangan Ilmu, maka kita sering terjebak didalam sitiuasi yang amat merugikan kita sesama Islam. Perkara yang kita kurang maklum, kita akan tolak bulat-bulat dek ceteknya pengetahuan kita itu.Contoh ramai yang tak pernah jumpa hantu, tetapi ramai pula yang takut hantu..

Ramai yang tak takut Tuhan sebab tak pernah nampak…tapi Tuhan itu ada. Sifat belas kasihan ini bukan hanya patut ada untuk sesama manusia sahaja, sewajarnya kita mendidik diri kita dan keluarga untuk sama sama juga mempunyai rasa belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain juga…Fikir-fikirkanlah..

09 Jun 2009

Berkata Sepanjang Akal

Apabila memberi pendapat dan pandangan kita harus menyedari kebolehan sendiri; melakukan sesuatu berdasarkan kemampuan diri. Dalam hidup bersaingan dalam masyarakat luas, seseorang didalam masyarakat tersebut perlu berpengetahuan atas kemampuan diri sendiri

Perbilangan;
Menjangkau serentang tangan,
Memikul sekuat bahu,
Melompat seayun langkah,
Berkata sepanjang akal

Dalam kata lain bermaksud “ukur baju di badan sendiri” sering diucapkan oleh orang tua kita kepada anak-anak muda,khususnya yang baru nak memulakan langkah berdikari. Kenapa agaknya kata-kata ini sering diucapkan? Mesti bersebab dan pastinya punya makna tersendiri. Mari kita fikirkan bersama.

Bagi anak muda, mereka sering mengimpikan gaya hidup yang serba terkini. Pakaian berjenama mahal,seluar potongan yang terkini,telefon bimbit berteknologi baru dan yang paling hebat. Punyai kereta yang mampu menggegarkan plaza tol Sg Besi selepas membayar tiket tol..dan pelbagai “terkini lagi sensasi”.

Bagaimana mahu mendapatkannya…? Ada dua pilihan, pertama bekerja keras dengan cara yang baik dan bersungguh-sungguh, yang kedua..adalah lawan kepada yang pertama.
Cara yang paling mudah selalu diambil oleh anak muda kita dalam usaha mencari kesenangan hidup. Apakah ini yang sebenarnya yang mereka cari?

Tanpa mengetahui kemampuan diri yang sebenarnya mereka ini selalu memilih jalan pendek tetapi tidak selamat. Tidak ramai yang mahu memilih jalan jauh tetapi selamat kerana hanya melambatkan pergerakan,tidak mahu ketinggalan didalam dunia fesyen terkini,tidak mahu dipulaukan oleh teman-teman kerana punyai kereta yang hanya layak dipandu oleh makcik-makcik yang mahu kepasar membeli sayuran dan ikan.

Bagaimana mahu merubah cara hidup tanpa terjerumus ke kancah kehinaan? Pastinya sikap perlu diubah dahulu..sikap yang negatif perlu ditukar menjadi positif dan cemerlang..dahulu sukar bangun awal membuat ibadat,kini tidak lagi.jika dahulu kurang menghormati ibubapa, kini menjadi sebutan mereka yang tersayang. Jika dahulu suka membuang masa melepak ditepi warung atau jalan, kini tidak lagi. Sentiasa mencari perkara-perkara yang lebih bermakna dan memberi faedah.

Apakah yang mendorong perubahan sikap? Ilmu memainkan peranan dan fungsi utama didalam pendidikan sahsiah seorang insan..terutama sekali anak muda..mereka ini penuh tenaga muda namun jika tidak disertakan dengan ilmu sahsiah yang tinggi pastinya akan mewujudkan sekumpulan anak muda yang kaya tenaga muda tetapi miskin ilmu diminda.

Pastinya pak menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal-ehwal belia seharusnya peka akan hal ini..mulai saat ini seharusnya bergerak untuk membina jatidiri anak muda ini dengan semangat cintakan bangsa,agama dan ibupertiwi.



Apabila anak muda ini mengenali diri mereka,tahu kemampuan mereka dan tahu apa makna mereka hadir kedunia ini, pastinya itu akan merangsang minda supaya mengejar kecemerlangan didalam hidup,menjadi harapan dan kesayangan keluarga,masyarkat dan juga negara. Anak muda yang tidak melupakan agama sebagai paksi didalam hati mereka,yang menjunjung kesucian agama didalam setiap perlakuan akan menghadirkan satu personaliti anak muda yang hebat dek baiknya peribadi,moleknya keimanan diri dan mantapnya ilmu didada.



Apakah ini terlalu ideal?...Fikir-fikirkan lah..

21 Mei 2009

Selamat Kembali..!!

Setelah lama menghilang kini kembali untuk menghangatkan dunia bloggers ini..apakah khabar anda semua teman-temanku,adakah masih teguh lagi lutut anda menahan asakan dari pihak lawan,masih berdegup lagikah nadi perjuangan menegakkan kebenaran.Semoga urusan kita ini dipermudahkan olehNya...Semoga 'belang tarung' yang terserlah diwajah kita akan terus menggambarkan kekentalan semangat melawan, melawan kebatilan dan menentang kezaliman.

Hilang bukan bersembunyi,senyap bukannya bermakna bisu dan hilang kata-kata, membisu bukan kerana letih dan capek dek gelora perjuangan bloggers, setelah dilambung gelora dan pusaran angin lintang di Bukit Gantang...terus membawa diri ke kaki Gunung Angsi,menyaksikan segala peristiwa berlaku didepan mata.ada yang benar dan ada jua yang batil..ahh..itukan semua lakonan hidup...siapa pula yang bukan"pelakon" dimuka bumi ini...

Kini setelah 26 hari dalam JamadilAwal ini,maka terbukalah pintu hati ini untuk menjengah kembali dunia yang fana ini, apakah yang kau harapkan daripada mereka?..tangan yang dihulurkan? ucapan salam? atau kata2 nista?...hahahaha....apakah kata-kata Nabi Nuh tatkala dikatakan gila kerana membina bahtera diatas bukit?...

26 Februari 2009

Menukar Pesaingan Kepada Zero.

Pilihan apa yang ada?

Kadang kala kita sering tersepit dan berasa terancam dek kerana tekanan yang mencurah tiba.Bagaimana mahu mengatasi itu semua?Mahu melarikan diri? Meninggalkan masalah bukanlah pendekatan bijak yang boleh kita ambil sebagai pilihan.Ada beberapa pilihan yang boleh kita ambil,pada kebiasaannya pilihan yang kita fikirkan yang mudah itulah yang terbaik...betulkah?

Kita sering juga tersilap membuat pilihan untuk menyelesaikan masalah atau apa jua cabaran yang datang...malah adakalanya manusia sanggup membunuh diri kerana dilanda dan dihimpit oleh masalah dunia...adakah ini pilihan yang wajar? Berbeza ugama berbeza pendekatan dalam memberi jawapan diatas masalah yang menimpa penganutnya.

Bagaimana pula mahu menghapuskan masalah,persaingan yang ada di persekitaran perniagaan,ancaman yang berpotensi pada masa akan datang.Bolehkah kita menghapuskan pesaing kita didalam ruang hidup kita samaada dalam perniagaan contohnya,musuh dalam politik,menggunakan masalah sebagai peluang untuk menguasai keadaan dan banyak lagi.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...setiap konflik pasti ada jalan keluar,setiap delema pasti ada jalan mengatasinya..setiap pemusuhan pasti akan berakhir dengan dua pilihan..berbaik semula atau terusan bermusuh..setiap peperangan pasti ada jalan terakhir..menang atau kalah..dibunuh atau membunuh,hatta perang melawan nafsu pun perlukan dua pilihan sahaja..ikut nafsu atau menundukkan nafsu..adakah pilihan ketiga?


Manusia merancang..Allah juga merancang

11 Februari 2009

Berjuanglah..!!

Berjuanglah anda semua,berjuang untuk menegakkan pegangan,berjuang untuk mencapai matlamat,berjuang untuk mencapai kepuasan diri,berjuang untuk sesuap nasi untuk anak-anak.

Berjuang untuk mencari rezeki mungkin memeritkan pada ketika ekonomi di kala ini amat melecet,ramai orang hilang panduan dan pegangan demi untuk sesuap nasi.Ada yang sanggup menjual maruah diri menjadi balaci politikus,ada yang sanggup menggadai nyawa demi untuk mendapatkan hasil secara haram dengan merompak dan mencuri.

Mereka ini sanggup dan rela demi mengadakan sesuap rezeki,tidak menjadi pertimbangan samaada halal atau haram..seorang ahli Um No pernah mengatakan melacurkan diri(utk kaum wanita) adalah dibenarkan jika darurat...benarkah sampai begitu sekali?

Dalam hal perjuangan bagi mereka yang ikhlas,bukan ganjaran menjadi sandaran.Bukan gelaran menjadi impian,bukan harta dan imbuhan menjadi permintaan.Tetapi apa..? Ada yang mengharapkan perjuangan mereka ini disambung oleh anak cucu mereka..

Sememangnya benar..mengekalkan sesuatu adalah memeritkan daripada mendapatkannya.Dalam jalur perjuangan kembarnya adalah pengorbanan,dua patah perkataan ini adalah sama iring..sinonim?Tiada terkorban orang didalam medan perang dek kerana berjuang...pejuang kemerdekaan terkorban didalam menuntut negara ini bebas dari cengkaman penjajah.Syuhada terkorban dalam perjuangan menegakkan akidah.

Saudara Islam di Gaza terkorban demi memperjuangkan tanah milik mereka yang dirampas rejim Israel,saudara Islam kita di Tak Bai terkorban kerana perjuangan menuntut wilayah yang mereka hendak tadbir sendiri, saudara Islam kita di Mindanao berjuang untuk menuntut kerajaan sendiri demi memelihara akidah mereka sebagai seorang Islam...sehingga mengorbankan jiwa yang bukan sedikit.

Ada juga yang menjadi pelarian kerana tidak mahu terkorban dinegara sendiri kerana diperintah junta tentera..Pelarian Rohingya,kemana mahu mengadu nasib..Negara Islam yang lain sibuk dengan hal sendiri..bercakaran dan berkonfrontasi sesama sendiri.Bagai enau dirimba,melepaskan pucuk masing-masing.

Itulah serba sedikit tentang berjuang dan berkorban...apakah yang kita perjuangkan dan sanggupkah kita berkorban kerananya?Teringat IndukYati tentang satu surah dari AlQuran..lebih kurang bunyinya.."Allah tidak memandang kepada pakaianmu tetapi hatimu"

Jika hati kita sanggup berkorban demi perjuangan..Allah sahaja yang layak membalasnya.

06 Februari 2009

Darah BugisKu Menggelagak

Ketika membaca blog; http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/, IndukYati teringat kata kata "kekanda" IndukYati beberapa tahun lepas, "Keris tajam, lagi tajam jika ditikam dari belakang,dan yang menikam itu adalah kawan kita",

Maknanya yang menikam dari belakang itu adalah orang kita sendiri,bangsa kita sendiri,seugama dengan kita,mengaku satu nabi dengan kita,mengaku satu Tuhan dengan kita...pendek kata" saudara- se udara-satu udara" udara yang kita bernafas ini,yang kita hembus itu adakah lain dengan orang lain?

Malam ini IndukYati dipanaskan oleh darah yang menyimpan dendam terhadap pengkhianat bangsa,penjual agama dan perosak negara.Guru IndukYati berpesan,"Jangan sangat-sangat".Perlaksanaan dendam atau balas dendam itu akan dilaksanakan pada PRU yang akan datang,wahai teman-teman yang sefaham..istiqamahlah kita didalam perjuangan ini,jangan hanya "hangat-hangat tahi ayam".

Jadilah Saidina Bilal bin Rabah sebagai ikutan,walaupun nyawa dijadikan galang ganti,namun kalimah Allah tetap membasahi bibirnya,bagaimana satu keluarga semasa dakwah Baginda di Mekah..dibakar hidup-hidup,tetap tidak berganjak pegangan mereka kepada Allah SAW,atau sifat keberanian yang ditunjukkan oleh Saidina Ali ibni Abi Talib didalam peristiwa Hijrah Baginda Rasul ke Madinah...apakah yang memotivasikan pejuang-pejuang ini...renung-renungkanlah..."Berani hidup,berani mati"

03 Januari 2009

Maknanya

kenapa cakap dan buat?..motto ini adalah diambil drpd motto "Special Air Services" salah satu cabang dr tentera england..khidmat "SAS" ini telah bermula di Tanah Melayu sejak dr zaman kependudukan Inggeris.Peranan utama bilamana penubuhan satu team komando Polis-VAT 69,latihan mereka dipantau dan dijalankan mengikut standard "SAS".
Hasilnya banyak misi membanteras komunis dapat dipatahkan dan digagalkan,tidak kurang juga ada anggota VAT 69 ini yang gugur didalam menjalankan misi ini.
Motto sebenarnya adalah"Did,not words"...menggerakkan satu idea bahawa perlaksanaan adalah daripada idea tanpa banyak berkata-kata.
Hamba telah ditanamkan dgn motto ini hampir 10 tahun yang lalu,hasilnya..? Banyak perkara dapat diselesaikan tanpa merungut,membentuk jiwa yang tahan ujian dan dugaan,kerana dalam hidup kita ini,pasti akan bertemu pelbagai ragam dan fiil serta fahaman yang rencam.
Bagaimana mahu menjadi ketua yang hebat?..bermula dr bawah,belajar menerima arahan,laksanakan sehabis baik,bertawakkal kepadaNya dan juga berdoa..harus seiring.Bilamana ini dapat diserapkan didalam jiwa dan semangat kita,pastinya satu bentuk kesedaran yang tinggi..hanya dorongan dan kata kata nasihat menjadi pembakar semangat.