Memaparkan catatan dengan label matlamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label matlamat. Papar semua catatan

12 Jun 2009

Sifat Belas Kasihan

Sifat ini adalah berkenaan rasa kasihan kepada orang lain dan mendorong kita untuk membantu orang lain yang ditimpa kesulitan atau kesusahan.Ramai jiran-jiran kita yang sebenarnya kita tidak sedar amatlah memerlukan pertolongan dan bantuan, tinggal lagi amatlah berat bagi mereka untuk membuka mulut untuk bersuara meminta bantuan.Buktinya sebuah rancangan di stesen televisyen masih lagi menyiarkan segala suka duka mereka yang hidup dalam kedaifan dan begitu senang sekali air mata kita mengalir, habis cerita berhentilah air mata kita mengalir. Miskinnya jiwa kita.

Sedangkan didalam ajaran agama kita ini, sifat sayang sesama Islam amatlah dituntut dan digalakkan agar dijalankan sepanjang masa, tanpa mengira warna kulit, bahasa dan bangsa.

Antara satu orang Islam dengan yang lain ada satu pertalian iaitu kita adalah bersaudara.
Tanpa mengira apa bangsa sekalipun kerana satu ugama, satu tuhan yang disembah, satu rasul yang diakui, satu udara yang dikongsi bersama.

Maknanya apabila sudah mengaku bersaudara maka seharusnya tiada lagi pergaduhan, cerai berai, memutuskan silaturrahim dan sebagainya.

Sedar atau tidak, kita sering membezakan orang lain yang berbeza mazhab sebagai contohnya, jika kita bermazhab Syafie cari pasal dengan mereka yang bermazhab Hanafi,
Kita berfahaman Syafie bergaduh dengan mereka yang faham Wahabi.

Bila mana ini berlaku, maka longgarlah kekuatan kita sesama Islam, dimanakah perjanjian kita tadi .Hilanglah sudah rasa belas kasihan kita kepada sesama Islam.

Bila tiada rasa belas kasihan sesama Islam, maka yang seing berlaku adalah khianat mengkhianati, berbohong sesama kita, satu sifat yang negatif.

Sekali lagi bila mana kekurangan Ilmu, maka kita sering terjebak didalam sitiuasi yang amat merugikan kita sesama Islam. Perkara yang kita kurang maklum, kita akan tolak bulat-bulat dek ceteknya pengetahuan kita itu.Contoh ramai yang tak pernah jumpa hantu, tetapi ramai pula yang takut hantu..

Ramai yang tak takut Tuhan sebab tak pernah nampak…tapi Tuhan itu ada. Sifat belas kasihan ini bukan hanya patut ada untuk sesama manusia sahaja, sewajarnya kita mendidik diri kita dan keluarga untuk sama sama juga mempunyai rasa belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain juga…Fikir-fikirkanlah..

09 Jun 2009

Berkata Sepanjang Akal

Apabila memberi pendapat dan pandangan kita harus menyedari kebolehan sendiri; melakukan sesuatu berdasarkan kemampuan diri. Dalam hidup bersaingan dalam masyarakat luas, seseorang didalam masyarakat tersebut perlu berpengetahuan atas kemampuan diri sendiri

Perbilangan;
Menjangkau serentang tangan,
Memikul sekuat bahu,
Melompat seayun langkah,
Berkata sepanjang akal

Dalam kata lain bermaksud “ukur baju di badan sendiri” sering diucapkan oleh orang tua kita kepada anak-anak muda,khususnya yang baru nak memulakan langkah berdikari. Kenapa agaknya kata-kata ini sering diucapkan? Mesti bersebab dan pastinya punya makna tersendiri. Mari kita fikirkan bersama.

Bagi anak muda, mereka sering mengimpikan gaya hidup yang serba terkini. Pakaian berjenama mahal,seluar potongan yang terkini,telefon bimbit berteknologi baru dan yang paling hebat. Punyai kereta yang mampu menggegarkan plaza tol Sg Besi selepas membayar tiket tol..dan pelbagai “terkini lagi sensasi”.

Bagaimana mahu mendapatkannya…? Ada dua pilihan, pertama bekerja keras dengan cara yang baik dan bersungguh-sungguh, yang kedua..adalah lawan kepada yang pertama.
Cara yang paling mudah selalu diambil oleh anak muda kita dalam usaha mencari kesenangan hidup. Apakah ini yang sebenarnya yang mereka cari?

Tanpa mengetahui kemampuan diri yang sebenarnya mereka ini selalu memilih jalan pendek tetapi tidak selamat. Tidak ramai yang mahu memilih jalan jauh tetapi selamat kerana hanya melambatkan pergerakan,tidak mahu ketinggalan didalam dunia fesyen terkini,tidak mahu dipulaukan oleh teman-teman kerana punyai kereta yang hanya layak dipandu oleh makcik-makcik yang mahu kepasar membeli sayuran dan ikan.

Bagaimana mahu merubah cara hidup tanpa terjerumus ke kancah kehinaan? Pastinya sikap perlu diubah dahulu..sikap yang negatif perlu ditukar menjadi positif dan cemerlang..dahulu sukar bangun awal membuat ibadat,kini tidak lagi.jika dahulu kurang menghormati ibubapa, kini menjadi sebutan mereka yang tersayang. Jika dahulu suka membuang masa melepak ditepi warung atau jalan, kini tidak lagi. Sentiasa mencari perkara-perkara yang lebih bermakna dan memberi faedah.

Apakah yang mendorong perubahan sikap? Ilmu memainkan peranan dan fungsi utama didalam pendidikan sahsiah seorang insan..terutama sekali anak muda..mereka ini penuh tenaga muda namun jika tidak disertakan dengan ilmu sahsiah yang tinggi pastinya akan mewujudkan sekumpulan anak muda yang kaya tenaga muda tetapi miskin ilmu diminda.

Pastinya pak menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal-ehwal belia seharusnya peka akan hal ini..mulai saat ini seharusnya bergerak untuk membina jatidiri anak muda ini dengan semangat cintakan bangsa,agama dan ibupertiwi.



Apabila anak muda ini mengenali diri mereka,tahu kemampuan mereka dan tahu apa makna mereka hadir kedunia ini, pastinya itu akan merangsang minda supaya mengejar kecemerlangan didalam hidup,menjadi harapan dan kesayangan keluarga,masyarkat dan juga negara. Anak muda yang tidak melupakan agama sebagai paksi didalam hati mereka,yang menjunjung kesucian agama didalam setiap perlakuan akan menghadirkan satu personaliti anak muda yang hebat dek baiknya peribadi,moleknya keimanan diri dan mantapnya ilmu didada.



Apakah ini terlalu ideal?...Fikir-fikirkan lah..

14 Februari 2009

Bubar DUN Perak?

Pre-emtive action..yang telah berlaku di Negeri Perak beberapa hari yang lalu,mungkin tidak mencapai maksud dan matlamat yang sebenarnya.Kenapa?..Mereka yang telah terjun dari Kapal Terbang Um No telah tersalah membaca peta geografi negeri Perak ini.Sepatutnya sebelum Paratrooper ini mendarat maklumat dari Risik haruslah Kelas A..tetapi pihak Risik juga telah gagal membaca faktor geografi negeri yang seluas 21'006km persegi ini.

Faktor mukabumi negeri yang mempunyai banyak kawasan kolam tinggal selepas dikorek bijih timahnya,kawasan Gopeng membawa ke Kuala Kangsar yang punyai banyak batu kapur,atau Larut dan Matang yang terkenal dengan kawasan paya bakau,hutan rimba yang masih tebal di Hulu Perak nampaknya gagal dibaca dengan sebaik dan sekemas yang mungkin oleh Risik Um No.

Akibat dari kepincangan maklumat ini,Paratrooper ini telah diturunkan di kaw. Bukit Merah yang banyak tasik dan pastinya amatlah dalam..kesudahannya pasti mereka ini akan lemas kerana mereka ini hanyalah Paratrooper bukannya skuad elit yang terlatih dalam segala hal...kesian nasib mereka ini yang diketuai oleh Zambry..Jeneral beliau adalah Najib.

Jeneral Najib setelah kalah dua pilihanraya(Permatang Pauh dan Kuala Terengganu) semakin terdesak untuk menang demi membuktikan kebolehan merancang strategi setelah lama berkubu di Kem.Pertahanan..akan tetapi setakat ini adalah hampas sahaja yang Najib dapat.
Najib gagal untuk mendapat bantuan sokongan dari Jeneral 2 Bintangnya iaitu Hisham..kerana Hisham adalah dari Bahagian Senjata..bukannya Infantri yang boleh dikerah secara segera.

Jen.Hisham sibuk berlatih untuk memegang keris dan mengucupnya demi persiapan Bulan Mac yang bakal menjelma..takut takut sumbang pula cara tarik keris dan mengucupnya pula akan mendatangkan riuh rendah dari Divisyen MCA dan Divisyen Gerakan.Satu lagi tekanan dari Divisyen yang ada sehingga terpaksa Hisham menuntut maaf.

Seorang lagi Jeneral yang ada cuma pangkatnya rendah sikit adalah Lt Jen KJ,dia ini pula dari Kor Perkhidmatan(Tukang Sorak)..pada mana-mana pilihanraya yang ada, yang terkenal sekali adalah di Ijok beliau telah menunjukkan kehebatan dan kepintaran untuk bersorak dan memaki penyokong PR, dengan diiringi oleh anggota PomPom dari Kor Perkhidmatannya...telah berjaya menguasai medan.

Tetapi setelah melalui medan perang di PRU 12 yang lalu,Lt Jen KJ telah menyebabkan kekalahan yang teruk pada pihak Um No/Be En lalu khidmatnya telah ditarik dari kempen preemptive ini di Perak yang telah berlaku dan telah pun menjadi sejarah itu.

Setelah berjaya menguasai Negeri Perak, Zambry yang kini telah diangkat sebagai Kolenal,kini menghadapi satu lagi faktor yang tidak boleh dipandang enteng...tindakkan gerila.Risik telah gagal membaca faktor ke-10 Sun Tzu ini.Walaupun berjaya peringkat awalnya menggunakan faktor ke-13 Sun Tzu tetapi agak goyah kadar jayanya.

Kini Nizar akan menggunakan faktor ke-5,6,9,11 dan 12 Sun Tzu. Kesannya pasti hebat kerana perang gerila ini telah membuktikan sendiri kehebatannya(rujuk Force 136) yang berpusat dari mana..?Ya betul dari Negeri Perak.rujuk;http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136
Perang gerila ini yang diketuai oleh Mej Sivakumar pasti mendatangkan kesukaran tahap tinggi kepada Kol.Zambry dan anggota skuad BeEnd.

Yang pasti kesan dari pertempuran gerila ini pasti mendatangkan kesan psikologi yang mungkin tak tertanggung kelak, signal telah dikeluarkan apabila Kol.Zambry telah menarik diri dari pemilihan barisan Jeneral Um No pada bulan ketiga dalam tahun ini.Perang saraf telah bermula, siapa yang bertahan tidak boleh bertahan untuk tempoh yang lama,yang menyerang tidak boleh dan dapat mengekalkan momentum untuk menyerang.

Setelah letih dan capek menyerang kini hanya pihak yang berupaya dengan faktor pertama,2,3,4,7 dan8 Sun Tzu akan beroleh kemenangan.Kita tunggu dan lihat.

03 Januari 2009

Maknanya

kenapa cakap dan buat?..motto ini adalah diambil drpd motto "Special Air Services" salah satu cabang dr tentera england..khidmat "SAS" ini telah bermula di Tanah Melayu sejak dr zaman kependudukan Inggeris.Peranan utama bilamana penubuhan satu team komando Polis-VAT 69,latihan mereka dipantau dan dijalankan mengikut standard "SAS".
Hasilnya banyak misi membanteras komunis dapat dipatahkan dan digagalkan,tidak kurang juga ada anggota VAT 69 ini yang gugur didalam menjalankan misi ini.
Motto sebenarnya adalah"Did,not words"...menggerakkan satu idea bahawa perlaksanaan adalah daripada idea tanpa banyak berkata-kata.
Hamba telah ditanamkan dgn motto ini hampir 10 tahun yang lalu,hasilnya..? Banyak perkara dapat diselesaikan tanpa merungut,membentuk jiwa yang tahan ujian dan dugaan,kerana dalam hidup kita ini,pasti akan bertemu pelbagai ragam dan fiil serta fahaman yang rencam.
Bagaimana mahu menjadi ketua yang hebat?..bermula dr bawah,belajar menerima arahan,laksanakan sehabis baik,bertawakkal kepadaNya dan juga berdoa..harus seiring.Bilamana ini dapat diserapkan didalam jiwa dan semangat kita,pastinya satu bentuk kesedaran yang tinggi..hanya dorongan dan kata kata nasihat menjadi pembakar semangat.

01 Januari 2009

Resolusi

Tahun Hijrah 1430..telah berlalu bermula 2 hari yang sudah..apa matlamat anda utk pengisian sepanjang tahun tersebut..adakah mahu melipatgandakan amal ibadat,menambah ilmu fikah,tasauf,amal jariah termasuk didalam perancangan..
Kita jarang utk membuat itu semua,kecuali dengan adanya sebab yang kukuh utk menolak diri kita dan membuat apa yang telah dikatakan tadi..bagi diri hamba...perkara yang dikatakan tadi sejalan dengan diri hamba sejak tahun yang sudah-sudah..ada yang dapat dilaksanakan..ada yang kejap buat,kejap tidak...istiqamah.Cakap memang senang..praktikal bagaimana pula?