09 Jun 2009

Berkata Sepanjang Akal

Apabila memberi pendapat dan pandangan kita harus menyedari kebolehan sendiri; melakukan sesuatu berdasarkan kemampuan diri. Dalam hidup bersaingan dalam masyarakat luas, seseorang didalam masyarakat tersebut perlu berpengetahuan atas kemampuan diri sendiri

Perbilangan;
Menjangkau serentang tangan,
Memikul sekuat bahu,
Melompat seayun langkah,
Berkata sepanjang akal

Dalam kata lain bermaksud “ukur baju di badan sendiri” sering diucapkan oleh orang tua kita kepada anak-anak muda,khususnya yang baru nak memulakan langkah berdikari. Kenapa agaknya kata-kata ini sering diucapkan? Mesti bersebab dan pastinya punya makna tersendiri. Mari kita fikirkan bersama.

Bagi anak muda, mereka sering mengimpikan gaya hidup yang serba terkini. Pakaian berjenama mahal,seluar potongan yang terkini,telefon bimbit berteknologi baru dan yang paling hebat. Punyai kereta yang mampu menggegarkan plaza tol Sg Besi selepas membayar tiket tol..dan pelbagai “terkini lagi sensasi”.

Bagaimana mahu mendapatkannya…? Ada dua pilihan, pertama bekerja keras dengan cara yang baik dan bersungguh-sungguh, yang kedua..adalah lawan kepada yang pertama.
Cara yang paling mudah selalu diambil oleh anak muda kita dalam usaha mencari kesenangan hidup. Apakah ini yang sebenarnya yang mereka cari?

Tanpa mengetahui kemampuan diri yang sebenarnya mereka ini selalu memilih jalan pendek tetapi tidak selamat. Tidak ramai yang mahu memilih jalan jauh tetapi selamat kerana hanya melambatkan pergerakan,tidak mahu ketinggalan didalam dunia fesyen terkini,tidak mahu dipulaukan oleh teman-teman kerana punyai kereta yang hanya layak dipandu oleh makcik-makcik yang mahu kepasar membeli sayuran dan ikan.

Bagaimana mahu merubah cara hidup tanpa terjerumus ke kancah kehinaan? Pastinya sikap perlu diubah dahulu..sikap yang negatif perlu ditukar menjadi positif dan cemerlang..dahulu sukar bangun awal membuat ibadat,kini tidak lagi.jika dahulu kurang menghormati ibubapa, kini menjadi sebutan mereka yang tersayang. Jika dahulu suka membuang masa melepak ditepi warung atau jalan, kini tidak lagi. Sentiasa mencari perkara-perkara yang lebih bermakna dan memberi faedah.

Apakah yang mendorong perubahan sikap? Ilmu memainkan peranan dan fungsi utama didalam pendidikan sahsiah seorang insan..terutama sekali anak muda..mereka ini penuh tenaga muda namun jika tidak disertakan dengan ilmu sahsiah yang tinggi pastinya akan mewujudkan sekumpulan anak muda yang kaya tenaga muda tetapi miskin ilmu diminda.

Pastinya pak menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal-ehwal belia seharusnya peka akan hal ini..mulai saat ini seharusnya bergerak untuk membina jatidiri anak muda ini dengan semangat cintakan bangsa,agama dan ibupertiwi.



Apabila anak muda ini mengenali diri mereka,tahu kemampuan mereka dan tahu apa makna mereka hadir kedunia ini, pastinya itu akan merangsang minda supaya mengejar kecemerlangan didalam hidup,menjadi harapan dan kesayangan keluarga,masyarkat dan juga negara. Anak muda yang tidak melupakan agama sebagai paksi didalam hati mereka,yang menjunjung kesucian agama didalam setiap perlakuan akan menghadirkan satu personaliti anak muda yang hebat dek baiknya peribadi,moleknya keimanan diri dan mantapnya ilmu didada.



Apakah ini terlalu ideal?...Fikir-fikirkan lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan