04 Mei 2013

Penipuan dan Pembohongan..

Apabila Pendekar Mustar menunjukkan bilik utk Ramli,Sudin dan Aziz utk bermalam,watak ini secara terang-terangan “menipu dan berbohong” secara terus-terusan. Walaupun rakyat mengetahui fakta sebenarnya,kerajaan tanpa rasa segan silu dan tanpa maruah telah melakukan pembohongan ini,untuk mengaburi kebejatan yang lain,demi survival meraka. Maka permohonan maaf pun dialunkan oleh watak Ramli,Sudin dan Aziz demi utk meraih simpati dan maaf dari rakyat. Bak kata Pendekar Mustar,” entahlah mak ehh,si Ros asyik ajer dengar radio malam-malam begini” Lagu lagu yang kononnya mengajak rakyat mengenang budi yang selama ini ditaburkan oleh pihak kerajaan. Siaran melalui pihak penyiaran tanpa kira siang dan malam,hanya mengundang rasa jelik yang teramat sangat daripada rakyat. Sudahlah Pendekar Bujang Lapok ini “buta huruf” tapi masih mahu lagi mengajar rakyat akan kebaikan,faedah dan manfaat yang bakal diperolehi oleh rakyat semua,sedangkan rakyat semakin tahu menilai apa yang baik dan buruk buat mereka. Setelah 55 tahun merdeka,masih ada keperluankah untuk mengajar rakyat tentang apa yang terbaik untuk mereka?

Ini betul-betul lah....!!!

Apakah makna pembalasan? Apakah kezaliman yang sekian lama bersarang dan menjerat rakyat akan dapat beraja buat selamanya dan tanpa ada hero yang bangkit buat pencetus kebangkitan masyarakat marhaien? Apabila Pendekar Mustar dari Kpg Pinang Sebatang dizalimi dan ditindas di penambang milik penguasa yang zalim dan menindas orang kampung,beliau telah bertindak pada masa yang tepat dan sesuai. Kuncu-kuncu penguasa yang zalim berasakan tiada apa yang dapat “menjentik” mereka selama ini,daripada terus menerus melakukan kebatilan terkejut apabila Pendekar Mustar telah berjaya menghancurkan penganiayaan terhadapnya dengan penuh taktik dan berstrategis. Lalu Ramli,Sudin dan Aziz berasakan inilah masanya mereka bertindak kerana ada yang telah memulakan serangan keatas penguasa dan kuncu-kuncu ini. Serangan secara” pre-emptive” telah mengejutkan puak penguasa ini kerana tidak menyangka akan berlaku kebangkitan secara beramai-ramai dan menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat. Hasilnya kaum marhaien ini telah melakukan “pembalasan” yang sewajarnya sesuai dengan letusan yang telah dimulakan oleh Pendekar Mustar. Pendekar Bujang Lapok meneruskan kesinambungan ini dengan merancanakan corak serangan yang pelbagai,akibatnya penambang telah “pecah” dengan amukan rakyat. Usaha demi usaha dilakukan oleh rakyat, secara kolektif atau bersendirian telah menghasilkan kejayaan demi memastikan kesinambungan penentangan oleh rakyat “Ini kalilah” adalah antara slogan yang sedang berlegar disekililing masyarakat untuk menyedarkan masyarakat masa dan ketikanya utk berubah sudah dan sedang tiba.Adakah anda bersedia?