31 Disember 2008

Tunku Mukriz pilihan yang tepat

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamad Omar berkata,melalui permasyhuran yang dilaksanakan kelmarin,menunjukkan adat perpatih yang diamalkan dinegeri ini diguna pakai.
"Adat dinegeri ini sememangnya unik dan ia tiada dimana-mana negeri,dengan itu maka yang berlaku terutama golongan muda harus mengetahuinya agar apa yang kita amalkan sejak dahulu tidak pupus dan ditinggalkan begitu sahaja".
Sememangnya benar apa yang telah katakan seperti diatas,"dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung"
Semasa hamba berada di negeri 'Bijih Timah' pada tahun 1988-1993..sering terdengar lelucon yang kekadang menyakitkan telinga..ianya perihal "masuk suku"..Jika ada org luar dari N9,yang berkahwin dengan wanita N9..dikhabarkan akan masuk "suku sahaja"...'rugilah kahwin sebab masuk suku..tak masuk habis'
Sememangnya hamba tak faham akan maksud yang tersirat...setelah menginjak dewasa..barulah diketahui maksudnya.Apa benar sedemikian rupa?..Jika sekiranya pula orang yang berkahwin itu(menyemenda) berpisah,maka segala harta sepencarian akan dimiliki oleh si isteri..apa benar?
Tak tahu..tak kata..pasti ada penjelasan sebaiknya utk apa yang telah dikatakan tadi.

30 Disember 2008

Daulat Tuanku!!

Semalam adalah hari yang penuh bersejarah buat rakyat di Negeri Sembilan,Negeri Adat Perpatih.Telah berlaku suatu perlantikan Yamtuan Besar yang baru,kerna kemangkatan Yamtuan Besar Ke 10,iaitu Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman.Al-Fatihah.
Perlantikan Yamtuan Besar yang ke 11 ini,telah diputuskan oleh Undang Luak Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin,membawa pengertian yang amat bermakna...adakah ianya sudah kembali ke landasan yang sebetulnya..."bulat air kerana pembentung,bulat kata kerna muafakat"
Kami sebagai rakyat di Negeri Sembilan menjunjung kasih diatas perlantikkan Tuanku..
Mengikut cerita Husin Lempoyang..yang katanya,Tunku Mukriz teratas didalam senarai pencalunan..sebenarnya menghantar satu isyarat kepada segenap lapisan masyarakat di Tanah Beradat ini..
Raja memerintah alam
Undang memerintah luak
Lembaga memerintah suku
Buapak memerintah anak buahnya

Berapa ramai yang sedar akan hal ini? Saya sebagai anak watan negeri ini...sebenarnya agak kurang ambil pusing berkenaan hal ini..bila nak ambil pusing?...bila merasakan sesuatu yang biasa harus diubah untuk mendapatkan jawapan yang bukan biasa biasa..namun bukanlah luar biasa sangat pon...ekau nie cakap pusing...poning den