30 Disember 2008

Daulat Tuanku!!

Semalam adalah hari yang penuh bersejarah buat rakyat di Negeri Sembilan,Negeri Adat Perpatih.Telah berlaku suatu perlantikan Yamtuan Besar yang baru,kerna kemangkatan Yamtuan Besar Ke 10,iaitu Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman.Al-Fatihah.
Perlantikan Yamtuan Besar yang ke 11 ini,telah diputuskan oleh Undang Luak Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin,membawa pengertian yang amat bermakna...adakah ianya sudah kembali ke landasan yang sebetulnya..."bulat air kerana pembentung,bulat kata kerna muafakat"
Kami sebagai rakyat di Negeri Sembilan menjunjung kasih diatas perlantikkan Tuanku..
Mengikut cerita Husin Lempoyang..yang katanya,Tunku Mukriz teratas didalam senarai pencalunan..sebenarnya menghantar satu isyarat kepada segenap lapisan masyarakat di Tanah Beradat ini..
Raja memerintah alam
Undang memerintah luak
Lembaga memerintah suku
Buapak memerintah anak buahnya

Berapa ramai yang sedar akan hal ini? Saya sebagai anak watan negeri ini...sebenarnya agak kurang ambil pusing berkenaan hal ini..bila nak ambil pusing?...bila merasakan sesuatu yang biasa harus diubah untuk mendapatkan jawapan yang bukan biasa biasa..namun bukanlah luar biasa sangat pon...ekau nie cakap pusing...poning den

Tiada ulasan:

Catat Ulasan