17 April 2014

Tiba Di Persimpangan Hidup

Gambaran Sahaja
Abu Bakar r.a. berkata, ” Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, “….Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya…”

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan.”
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
 
dipetik daripada Panglima 7

04 Mei 2013

Penipuan dan Pembohongan..

Apabila Pendekar Mustar menunjukkan bilik utk Ramli,Sudin dan Aziz utk bermalam,watak ini secara terang-terangan “menipu dan berbohong” secara terus-terusan. Walaupun rakyat mengetahui fakta sebenarnya,kerajaan tanpa rasa segan silu dan tanpa maruah telah melakukan pembohongan ini,untuk mengaburi kebejatan yang lain,demi survival meraka. Maka permohonan maaf pun dialunkan oleh watak Ramli,Sudin dan Aziz demi utk meraih simpati dan maaf dari rakyat. Bak kata Pendekar Mustar,” entahlah mak ehh,si Ros asyik ajer dengar radio malam-malam begini” Lagu lagu yang kononnya mengajak rakyat mengenang budi yang selama ini ditaburkan oleh pihak kerajaan. Siaran melalui pihak penyiaran tanpa kira siang dan malam,hanya mengundang rasa jelik yang teramat sangat daripada rakyat. Sudahlah Pendekar Bujang Lapok ini “buta huruf” tapi masih mahu lagi mengajar rakyat akan kebaikan,faedah dan manfaat yang bakal diperolehi oleh rakyat semua,sedangkan rakyat semakin tahu menilai apa yang baik dan buruk buat mereka. Setelah 55 tahun merdeka,masih ada keperluankah untuk mengajar rakyat tentang apa yang terbaik untuk mereka?

Ini betul-betul lah....!!!

Apakah makna pembalasan? Apakah kezaliman yang sekian lama bersarang dan menjerat rakyat akan dapat beraja buat selamanya dan tanpa ada hero yang bangkit buat pencetus kebangkitan masyarakat marhaien? Apabila Pendekar Mustar dari Kpg Pinang Sebatang dizalimi dan ditindas di penambang milik penguasa yang zalim dan menindas orang kampung,beliau telah bertindak pada masa yang tepat dan sesuai. Kuncu-kuncu penguasa yang zalim berasakan tiada apa yang dapat “menjentik” mereka selama ini,daripada terus menerus melakukan kebatilan terkejut apabila Pendekar Mustar telah berjaya menghancurkan penganiayaan terhadapnya dengan penuh taktik dan berstrategis. Lalu Ramli,Sudin dan Aziz berasakan inilah masanya mereka bertindak kerana ada yang telah memulakan serangan keatas penguasa dan kuncu-kuncu ini. Serangan secara” pre-emptive” telah mengejutkan puak penguasa ini kerana tidak menyangka akan berlaku kebangkitan secara beramai-ramai dan menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat. Hasilnya kaum marhaien ini telah melakukan “pembalasan” yang sewajarnya sesuai dengan letusan yang telah dimulakan oleh Pendekar Mustar. Pendekar Bujang Lapok meneruskan kesinambungan ini dengan merancanakan corak serangan yang pelbagai,akibatnya penambang telah “pecah” dengan amukan rakyat. Usaha demi usaha dilakukan oleh rakyat, secara kolektif atau bersendirian telah menghasilkan kejayaan demi memastikan kesinambungan penentangan oleh rakyat “Ini kalilah” adalah antara slogan yang sedang berlegar disekililing masyarakat untuk menyedarkan masyarakat masa dan ketikanya utk berubah sudah dan sedang tiba.Adakah anda bersedia?

21 Disember 2011

Penangan Awang Hitam

Kejadian minggu lepas membabitkan insiden penangkapan dan penahanan Awang Hitam oleh pihak Imigresen menyebabkan tercederanya pegawai yang terlibat.Operasi yang dijalankan itu berjaya menahan Awang Hitam yang disabitkan dengan pelbagai tuduhan dan kesalahan.


Semasa operasi dijalankan,Awang Hitam yang terbabit telah mencederakan beberapa pegawai yang terbabit, kesian tubuh badan pegawai tersebut...cedera disiku dan lutut.

Didalam zaman serba mencabar dan menuntut segala persediaan dan perancangan dimana segala aset modal insan dan fizikal haruslah digembelingkan ketahap optimum. Didalam hal menjaga aset modal insan nie..pentingnyer ilmu bela diri sewajarnya diberi perhatian..Jangan sampai nanti ada yang terkorban semasa menjalankan operasi yang sebegini baru nak buat perubahan.


Berapa banyak kerugian yang harus ditanggung..panjang pula proses yang hendak ditunggu,bagaimana pula dengan nasib siwaris..isteri kehilangan suami,anak kehilangan ayah.

05 April 2011

Segala Ketentuan adalah Kebaikan

Dia Yang Maha Esa Lagi Maha Pemurah dan Maha Pengasih, maka segala sesuatu yang datang dariNya adalah pasti..dalam bentuk kebaikan, rahmat dan nikmat.Sebenarnya kita patut berasa besyukur di atas segala limpahanNya itu, orang biasa berkata "segala yang datang dari Allah s.w.t itu ada hikmahnya".

Kita sedar dan tahu akan ungkapan ini. Namun bila berlaku sesuatu yang mendukacitakan berlaku dan bertentangan pula dengan apa yang kita hajati, kita masih berasa kecewa dan kesal pula mendatangi diri kita.

Mengapa pula masih ada rasa sedemikian rupa sedangkan sebentar tadi kita mengucapkan "segala yang datang dari Allah s.w.t itu ada hikmahnya..Disinilah ilmu perlu disandarkan kepada kefahaman kita tentang keruhanian.

Sering kali kita gagal memandang kebaikan itu dari sudut keruhanian, akan tetapi kita memandangnya dari sudut keduniaan.Sedarlah dan fahami bahawa jika memandang dari sudut keruhanian maka segalanya yang datang itu adalah kebaikan.

01 Mac 2011

1 Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia.


Selamat dan tahniah diucapkan kepada Tentera Darat Malaysia yg menyambut hari ulangtahunnya yang ke 78...setelah sekian banyak pengorbanan, dugaan dan cabaran yang ditempohi..maka berhadapan pula dengan ancaman dalam bentuk baru bersesuaian dengan perubahan zaman.
Sumbangan mereka ini bukanlah kecil dan sedikit. Merekalah yang memastikan keselamatan dan keamanan negara tidak mengira masa.
Tahniah dan terima kasih diucapkan buat semua warga tentera darat yang berkhidmat menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan bakti setia terhadap keselamatan komuniti masyarakat dunia apabila mereka bertugas dibawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

09 Disember 2009

Menjaga Diri Adalah Wajib..


Berita Metro pada 4hb Disembar yg lepas menarik perhatian utk dibicarakan.Kisah bagaimana seorang rakyat Malaysia dibelasah bertubi-tubi di sebuah kompleks membeli belah, ini berlaku bukan diluar negara tetapi di sini- Malaysia. Lebih tepat lagi di Seri Kembangan.
Berita melaporkan pihak yang membelasah adalah adalah bukan rakyat Malaysia, tetapi yang bekerja di Malaysia,maknanya bekerja di kompleks tersebut,lebih tepat lagi warga Nepal.Ya..rakyat Nepal yang bekerja di Malaysia,tetapi telah didapati membelasah rakyat negara ini...Apa sudah jadi?

Mamat itu dibelasah dihadapan tunangnya seorang wanita yang manis dan cantik. Maklumlah keluar dengan pasangan,pasang badan dan bersolek rapi. Tapi apakan daya,setelah sampai di kompleks tersebut,baru sahaja memijakkan kaki, mamat itu telah dibelasah kerana salah faham antaranya dan warga Nepal tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Maknanya pengawal keselamatan warga Nepal telah membelasah rakyat Malaysia yang terjamin akan hak sebagai rakyat di dalam Perlembagaan.Namun telah dibelasah oleh warga Nepal secara beramai-ramai. Memanglah sedap membantai seorang mamat secara beramai-ramai..

Kejadian tersebut disaksikan oleh tunangnya didepan mata sendiri..Apalah yang tunangnya boleh buat pada masa itu? Nak dijadikan cerita keluarga mamat tersebut sempat menyaksikan kejadian belasahan tersebut...Aduh..hati ibubapa mana tak hiba,marah,terkejut dan geram melihat anak sendiri dibelasah oleh Nepal tersebut dan ini berlaku di negara sendiri..bukannya di Kathmandu..tetapi di Seri Kembangan!!

Sebagai seorang lelaki Melayu,apakah keperluan menjaga diri ini tidak pernah diingatkan oleh keluarga?

Kenapa perlu menjaga diri..yang dimaksudkan diri itu apa?Bagaimana mahu menjaga diri..?

Belajarlah seni bela diri..seni bela diri yang dapat membela diri apabila diserang atau diancam...bukan menyerang orang menggunakan ilmu bela diri...tajuk sudah lari woo!! Memanglah belajar silat tak wajib, tetapi menjaga amanah Tuhan Yang Rabbi itukan wajib..apakah amanah tersebut?

Sekurang-kurangnya apabila keluar rumah, berdagang atau menyambung pelajaran diluar sana..ada juga ilmu didada buat bekalan..bukannya kosong..mungkin seperti mamat tersebut..jika tunangnya diapa-apakan, apakah yang boleh mamat itu buat..daripada 7 orang penyerang berbangsa Nepal..3 orang pula 'mengerjakan' tunangnya...nak membela tunangnya...?..diri sendiri pun tak terjaga. Mujurlah tunangnya dan kedua orang tua mamat tersebut selamat....kalau tidak? Selamat.......!!!