08 April 2009

Apalagi selepas ini...?


Jeneral Mat Sembab Kalah Strategi
Selepas kemenangan didalam PAU yg baru baru ini,Muhyiddin Yassin diberi tugas untuk menjaga kempen pilihanraya di Bukit Gantang.Dengan rasa tenang beliau menarik nafas cuak dan goyang dek penangan Bukit Gantang.Ini kerana calon yang dikemukakan oleh Markas Pemerintah adalah seorang yang kalah didalam pemilihan bahagian yang lalu...mana bisa menang ini muka!!.

Paling tidak pun ketua bahagian...yang pastinya yang telah menang didalam pemilihan bahagian yang lalu,namun apakan daya Jen.Mat Sembab ambil tugas mencabar ini demi menjaga hati Cheif Marsyal yang baru dilantik...Najib al-Monggol.

Bermula dari hari penamaan calon sehinggalah hari pembuangan undi,Jen.Mat Sembab dibantu oleh Jen.Mat Zahid.Strategi demi strategi disusun dan dirancang serta dilaksanakan...antaranya penyediaan senarai pengundi hantu(budak umuq 12 yahun pun boleh undi kaa),menghidupkan nama org yang sudah arwah,supaya boleh digunakan oleh org lain,memenuhkan mana mana rumah yg sebelumnya isi rumah tersebut hanya 2-3 org-diisi seramai 35 org.Lagi ramai lagi bagus dan pelbagai lagi taktik yang sungguh hitam warnanya.

Serba serbi perang saraf direncanakan demi memastikan calon UmNo BeEnd ini akan menang,tapi nampak gayanya memang tak nampak gaya nak menang.Walaupun diturunkan abg topi merah dr Ipoh dan Kuala Lumpur,namun itu tidak menggentarkan hati dan semangat penyokong Jen Ir DS Nizar...apa ada hal...dah practise masa kat Bukit Chandan bulan lepas..

Namun faktor kesilapan Jen Mat Sembab adalah membenarkan Org Tua Madey berkempen di Bukit Gantang sehari sebelum pembuangan undi..sewajarnya dia boleh memberi signal kpd Org Tua Madey ini supaya jangan sekali kali turun di Bukit Gantang...lagi sekali Jen Mat Sembab ini hanyalah menurut perintah Najib al-Monggoli,ini kerana Org Tua Madey adalah mentor kepada Najib al-Monggoli.

Mej Jen Zambry Kadiaq tak mampu berbuat apa...cuma menjadi burung kakak tua,mengangguk apa yang Jen Mat Zahid katakan...maklumlah rank bawah dia.Malulah awak tu ada kelulusan tinggi,bekas pensyarah tapi gagal dalam membaca taktik lawan...tangan terikat dibelakang,menunggu hayunan bayonet amukan rakyat sahaja..Maaf cakaplah..orang bijak nie biasanya kerja dengan orang sahaja...tidak merdeka jiwa dan raga.
Ketidakmampuan mengawal "Colateral Damage"menyebabkan soldadu UmNo BeEnd menjadi orang yang tidak bertamadun sehingga sanggup melondehkan seluar Srikandi PR yang berkempen di Bukit Gantang.Apakah mereka ini sudah tiada perasaan malu dan sudah dicabutkah maruah sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu..Hancus soldadu UmNo...tapi itu tidak menghairankan...."Ikan Membusuk Dari Kepalanya"

Soldadu UmNo gagal menyaingi rentak semangat Briged Rakyat yang diketuai oleh Brig Jen Datuk Mustafa Ali-yang terbukti berjaya di dalam medan tempur yang lalu iaitu Kuala Terengganu.Hasil risik dan pengumpulan maklumat dan hubungan yang mantap antara Skuardon Bloggers Network@Perak dan yang lain-lainnya,memperlihatkan jurang yang sangat jauh bezanya antara patern kempen BeEnd dan PR.

Ini terbukti walaupun dibantu oleh Skuardon Bloggers Pembela Negara,tetapi hasilnya adalah bertaraf 'hampas' sahaja yang diperolehi,setelah begitu banyak dana yang disalurkan kepada mereka..tetapi pengundi di Bukit Gantang memilih PR,malah meningkatkan lagi jurang majoriti undi yang diperolehi.

Maka selepas ini PR haruslah membuat analisa pasca pilihanraya ini,untuk mengkaji dimana kelemahan yang dapat dikesan sepanjang kempen ini,kekuatan yang diperlihatkan mungkin boleh di mantapkan lagi.Kerana selepas ini adalah waktu bekerja..bukan waktu untuk menghirup buih kemanisan diatas cangkir kemenangan...kerana yang pasti cangkir akan kosong,buihnya pasti tinggal disana.

07 April 2009

Apabila kertas undi dipangkah....!!

Mari kita lihat siapa yang kena..,begitulah kata-kata arwah Ibrahim Pendek dalam lakonan hebatnya dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok'..Setelah tidak dibenarkan bekerja kerana hari tersebut bukan waktu bekerja(penyamun pun ada kod etika) telah meminta pinjam buah dadu kepunyaan Chief Penyamun lakonan arwah Tan Sri P.Ramlee. Pesan Chief buah dadu tersebut hanya boleh dimainkan sebanyak 3 kali sahaja, cerita selebihnya pasti ramai yang mengetahuinya.

Pagi nanti akan berlangsungnya proses pembuangan undi,satu proses yang terdapat didalam amalan demokrasi yang telah lama dilaksanakan didalam negara ini.Sebelum pembuangan undi dapat dijalankan..pihak ejen kempen dari parti atau pihak yang bertanding akan memastikan parti mereka menang atau mereka yang terlibat itu akan menang(calon bebas).

Atas dasar apa pengundi mahu mengundi? Matlamat,manifesto parti,visi dan misi parti,calon yang dipilih oleh parti? adakah ini yang menjadi kayu ukur atau alat pemilihan yang dilambakkan kepada para pengundi..? Adakah ini serupa menjual impian seperti mana yang diucapkan oleh Sarjan Pendek....'sapa mahu jadi kaya....tikam 2 nombor lah,mungkin ente semua akan jadi kaya drpd ana lahh..',maka datanglah orang miskin(org kaya sebelumnya tetapi telah disamun oleh kawan-kawan Sarjan Pendek) cuba membeli impian menjadi kaya semula...adakah dia berjaya..?sekali lagi anda sudah tahu jawapannya.

Kehadiran ramai pemimpin parti politik di 3 tempat panas tersebut...tidak dapat lari menjual impian kepada para pengundi setempat..walaupun isu-isu setempat banyak diperkatakan,namun ianya sudah boleh dijangka oleh pemerhati,pemimpin politik dan strategis politik..mari kita lihat siapa yang kena...!!!

Setelah 3 kali membaling dadu(kesemuanya nombor 2) maka Sarjan Pendek pun menggulung kad permainan dan mahu pulang..pulang dengan wang yang banyak hasil menjual impian menjadi kaya yang telah dibeli oleh rakyat...rakyat yang dahagakan pembangunan,rakyat yang mahukan keadilan,rakyat yang mahukan kesamarataan dalam agihan kekayaan milik negara.

Sarjan Pendek dalam sibuk mengira margin keuntungan yang tidak ditolak oleh modal kerana hanya meminjam dari Chief Penyamun,maknanya100% untung, begitu teruja melihat seorang orang kaya memberi sedekah kepada orang ramai dihadapan rumah beliau.Ini mendorong Sarjan Pendek memaklumkan kepada Chief Penyamun betapa ada orang kaya baru di kota tersebut........namun sekali lagi anda sudah tahu apa yang telah berlaku.

Sebagai rakyat Malaysia yang dikatakan sudah 51 tahun merdeka...apakah kita tidak belajar dari sejarah...apa yang telah lakukan oleh BeEnd sepanjang 51 tahun lepas...Didalam negara ini undang-undang menjamin kita untuk kita sebagai rakyat untuk mendapatkan hak-hak sebagai rakyat dinegara ini...Apakah hak mereka ini dijamin oleh undang-undang Malaysia?Apakah polis berhak menembak Suwandi Abd Ghani,Muhamad Azman bin Aziz dan mereka yang terbabit didalam Peristiwa Black 8 Septembar 2007..di Batu Buruk?

Ustaz Ibrahim Mahmud,Ahmad Hassan,Syafie bin Dahaman,Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman,Abdul Manaf bin Waden..kenalkah kita kepada mereka? Mereka ini korban dari Operasi Angkara diketuai oleh Tun Musa Hitam ketika memegang jawatan sebagai TPM..adakah kita mahu membiarkan darah mereka ini menjadi sia-sia sahaja...

Maka sekarang ini,terpulanglah kepada pengundi di Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai untuk memilih siapakah yang mereka mahu menjadi wakil didalam Dun dan Parlimen..."sesungguhnya tiada paksaan didalam agama"

06 April 2009

Kejayaan Dalam Genggaman.......?

Hari ini adalah hari terakhir untuk calon calon yang bertanding di Bukit Selambau,ada 13 calon semuanya. Manakala di Bukit Gantang pula ada 3 orang calon,dan di Batang Ai pertemuan satu lawan satu berlaku. Selepas jam 12 malam nanti maka tidaklah boleh berkempen lagi..maknanya "cooling time" sehingga kepaginya nanti...hari membuang undi.

Pelbagai taktik dilaksanankan oleh pihak-pihak yang bertanding...projek mee segera,komisen tampal poster,dana untuk rakyat miskin dan ibu-ibu tunggal serta anak yatim..mungkin ada penduduk yang termakan dengan dakyah yang sebegini, tapi sebahagian besar mungkin sudah terlalu jelak dan mual dengan perlakuan sebegitu.

Bagi mereka yang bertanding..masa ini adalah begitu kritikal sekali, apakah sambutan penyokong boleh di transformkan ke bentuk kertas undi yang bertanda simbol parti yang dipilih? apakah gangguan yang bakal berlaku sepanjang hari ini membawa ke malam? Apakah jentera parti sudah memaksimumkan kempan?...Apakah persediaan penduduk untuk keluar mengundi esok sudah siap?

Dari waktu subuh esok hingga waktu pembuangan undi esok adalah waktu yang paling kritikal sekali...hati mudah berpaling,fikiran dikuasai emosi,tindakan didahului perasaan.Semoga penduduk dikawasan Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai akan dapat menunaikan kewajipan sebagai pengundi berdaftar dengan aman dan selamat esok.Insya-Allah.