Memaparkan catatan dengan label ADUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADUN. Papar semua catatan

07 April 2009

Apabila kertas undi dipangkah....!!

Mari kita lihat siapa yang kena..,begitulah kata-kata arwah Ibrahim Pendek dalam lakonan hebatnya dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok'..Setelah tidak dibenarkan bekerja kerana hari tersebut bukan waktu bekerja(penyamun pun ada kod etika) telah meminta pinjam buah dadu kepunyaan Chief Penyamun lakonan arwah Tan Sri P.Ramlee. Pesan Chief buah dadu tersebut hanya boleh dimainkan sebanyak 3 kali sahaja, cerita selebihnya pasti ramai yang mengetahuinya.

Pagi nanti akan berlangsungnya proses pembuangan undi,satu proses yang terdapat didalam amalan demokrasi yang telah lama dilaksanakan didalam negara ini.Sebelum pembuangan undi dapat dijalankan..pihak ejen kempen dari parti atau pihak yang bertanding akan memastikan parti mereka menang atau mereka yang terlibat itu akan menang(calon bebas).

Atas dasar apa pengundi mahu mengundi? Matlamat,manifesto parti,visi dan misi parti,calon yang dipilih oleh parti? adakah ini yang menjadi kayu ukur atau alat pemilihan yang dilambakkan kepada para pengundi..? Adakah ini serupa menjual impian seperti mana yang diucapkan oleh Sarjan Pendek....'sapa mahu jadi kaya....tikam 2 nombor lah,mungkin ente semua akan jadi kaya drpd ana lahh..',maka datanglah orang miskin(org kaya sebelumnya tetapi telah disamun oleh kawan-kawan Sarjan Pendek) cuba membeli impian menjadi kaya semula...adakah dia berjaya..?sekali lagi anda sudah tahu jawapannya.

Kehadiran ramai pemimpin parti politik di 3 tempat panas tersebut...tidak dapat lari menjual impian kepada para pengundi setempat..walaupun isu-isu setempat banyak diperkatakan,namun ianya sudah boleh dijangka oleh pemerhati,pemimpin politik dan strategis politik..mari kita lihat siapa yang kena...!!!

Setelah 3 kali membaling dadu(kesemuanya nombor 2) maka Sarjan Pendek pun menggulung kad permainan dan mahu pulang..pulang dengan wang yang banyak hasil menjual impian menjadi kaya yang telah dibeli oleh rakyat...rakyat yang dahagakan pembangunan,rakyat yang mahukan keadilan,rakyat yang mahukan kesamarataan dalam agihan kekayaan milik negara.

Sarjan Pendek dalam sibuk mengira margin keuntungan yang tidak ditolak oleh modal kerana hanya meminjam dari Chief Penyamun,maknanya100% untung, begitu teruja melihat seorang orang kaya memberi sedekah kepada orang ramai dihadapan rumah beliau.Ini mendorong Sarjan Pendek memaklumkan kepada Chief Penyamun betapa ada orang kaya baru di kota tersebut........namun sekali lagi anda sudah tahu apa yang telah berlaku.

Sebagai rakyat Malaysia yang dikatakan sudah 51 tahun merdeka...apakah kita tidak belajar dari sejarah...apa yang telah lakukan oleh BeEnd sepanjang 51 tahun lepas...Didalam negara ini undang-undang menjamin kita untuk kita sebagai rakyat untuk mendapatkan hak-hak sebagai rakyat dinegara ini...Apakah hak mereka ini dijamin oleh undang-undang Malaysia?Apakah polis berhak menembak Suwandi Abd Ghani,Muhamad Azman bin Aziz dan mereka yang terbabit didalam Peristiwa Black 8 Septembar 2007..di Batu Buruk?

Ustaz Ibrahim Mahmud,Ahmad Hassan,Syafie bin Dahaman,Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman,Abdul Manaf bin Waden..kenalkah kita kepada mereka? Mereka ini korban dari Operasi Angkara diketuai oleh Tun Musa Hitam ketika memegang jawatan sebagai TPM..adakah kita mahu membiarkan darah mereka ini menjadi sia-sia sahaja...

Maka sekarang ini,terpulanglah kepada pengundi di Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai untuk memilih siapakah yang mereka mahu menjadi wakil didalam Dun dan Parlimen..."sesungguhnya tiada paksaan didalam agama"

06 April 2009

Kejayaan Dalam Genggaman.......?

Hari ini adalah hari terakhir untuk calon calon yang bertanding di Bukit Selambau,ada 13 calon semuanya. Manakala di Bukit Gantang pula ada 3 orang calon,dan di Batang Ai pertemuan satu lawan satu berlaku. Selepas jam 12 malam nanti maka tidaklah boleh berkempen lagi..maknanya "cooling time" sehingga kepaginya nanti...hari membuang undi.

Pelbagai taktik dilaksanankan oleh pihak-pihak yang bertanding...projek mee segera,komisen tampal poster,dana untuk rakyat miskin dan ibu-ibu tunggal serta anak yatim..mungkin ada penduduk yang termakan dengan dakyah yang sebegini, tapi sebahagian besar mungkin sudah terlalu jelak dan mual dengan perlakuan sebegitu.

Bagi mereka yang bertanding..masa ini adalah begitu kritikal sekali, apakah sambutan penyokong boleh di transformkan ke bentuk kertas undi yang bertanda simbol parti yang dipilih? apakah gangguan yang bakal berlaku sepanjang hari ini membawa ke malam? Apakah jentera parti sudah memaksimumkan kempan?...Apakah persediaan penduduk untuk keluar mengundi esok sudah siap?

Dari waktu subuh esok hingga waktu pembuangan undi esok adalah waktu yang paling kritikal sekali...hati mudah berpaling,fikiran dikuasai emosi,tindakan didahului perasaan.Semoga penduduk dikawasan Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai akan dapat menunaikan kewajipan sebagai pengundi berdaftar dengan aman dan selamat esok.Insya-Allah.

29 Mac 2009

Hari Gendang Perang Akan Berbunyi!!

Salam Semua..

Hari ini hari minggu,hari yang ke 29 dalam bulan yang ketiga dalam tahun 2009 ini,bersamaan 2 Rabiul Akhir 1430 Hijrah.Kebiasannya pada hari minggu ini,pastinya ramai daripada kita akan mengambil peluang untuk menjadikannya 'Quality Time' masa yang amat berharga kerana dapat membahagikan masa bersama keluarga dan rakan rakan.Bagi yang bujang dan belum ada komitmen yang besar...mungkin masa ini akan digunakan untuk membuta hingga 'kenyang mata'.

Namun pada hari ini,khususnya di sebuah tempat yang berbukit di dua buah negeri yang Aman dan yang penuh Redhuan...satu peristiwa yang besar akan berlaku dan menjadi perhatian yang bukan sedikit...malah mungkin ini yang pertama kali pernah berlaku dinegara masyarakat majmuk ini.
Apakah peristiwa itu...ramai yang dah tahu...tapi ada juga yang belum mengetahuinya...ianya adalah satu hari dimana parti politik bertanding dalam meletakkan calon mereka di dua bukit tersebut....ada juga wakil bebas yang cuba menduga nasib mereka disana...apakah mereka akan berjaya..?

Inilah nikmat yang dapat kita rasai bilamana amalan demokrasi dijalankan khususnya dalam menghadapi sesuatu pilihanraya...parti politik meletakkan calon terbaik mereka...wakil bebas mencuba dan menduga setakat mana kemampuan dan sokongan yang bakal mereka terima...
Dengan berlakunya peristiwa besar ini...sebenarnya rakyat mungkin sudah berasa bosan dan jemu melihat adegan-adegan para pelakon politik ini..Apakah nikmat yang dapat dirasai sejak PRU 12 yang lepas...khususnya dinegeri bernama Redhuan ini...

Perjalanan politik yang penuh intrig,episod pembelotan,episod mahkamah,episod rakyat menjadikan jalan raya tempat meluahkan perasaan...adakah itu yang kita mahu lihat selepas PRK di dua bukit ini? Sudah tiada lagi isu yang lebih pentingkah untuk di tangani oleh masyarakat...sibuk berebut kuasa...rakyat marhaien menderita..

Bagaimana mahu menguruskan kuasa jika tiada mandat dan amanah? Disinilah keperluan untuk mengadakan PRK...kerana rakyat dan pengundi dikawasan tersebut perlu diwakili suara mereka dan diberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai imbalan kepercayaan dan dipilih oleh masyarakat setempat.Nampak cantik dipermukaannya...tetapi didasarnya penuh gelora dan arus yang kuat cuba melemaskan sesiapa juga yang berjaya mendapat kuasa sebagai wakil rakyat...

Walauapapun diharapkan sesiapa juga yang terpilih untuk menjadi wakil dikawasan tersebut...letakkanlah hati dan niat untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan khidmat yeng terbaik dan tanpa memilih fahaman politik apa pun....lakukanlah ini semua hanya kerana Allah...Maka Hanya Allah sahajalah yang layak membalas segala pengorbanan anda sebagai wakil rakyat.

14 Februari 2009

Bubar DUN Perak?

Pre-emtive action..yang telah berlaku di Negeri Perak beberapa hari yang lalu,mungkin tidak mencapai maksud dan matlamat yang sebenarnya.Kenapa?..Mereka yang telah terjun dari Kapal Terbang Um No telah tersalah membaca peta geografi negeri Perak ini.Sepatutnya sebelum Paratrooper ini mendarat maklumat dari Risik haruslah Kelas A..tetapi pihak Risik juga telah gagal membaca faktor geografi negeri yang seluas 21'006km persegi ini.

Faktor mukabumi negeri yang mempunyai banyak kawasan kolam tinggal selepas dikorek bijih timahnya,kawasan Gopeng membawa ke Kuala Kangsar yang punyai banyak batu kapur,atau Larut dan Matang yang terkenal dengan kawasan paya bakau,hutan rimba yang masih tebal di Hulu Perak nampaknya gagal dibaca dengan sebaik dan sekemas yang mungkin oleh Risik Um No.

Akibat dari kepincangan maklumat ini,Paratrooper ini telah diturunkan di kaw. Bukit Merah yang banyak tasik dan pastinya amatlah dalam..kesudahannya pasti mereka ini akan lemas kerana mereka ini hanyalah Paratrooper bukannya skuad elit yang terlatih dalam segala hal...kesian nasib mereka ini yang diketuai oleh Zambry..Jeneral beliau adalah Najib.

Jeneral Najib setelah kalah dua pilihanraya(Permatang Pauh dan Kuala Terengganu) semakin terdesak untuk menang demi membuktikan kebolehan merancang strategi setelah lama berkubu di Kem.Pertahanan..akan tetapi setakat ini adalah hampas sahaja yang Najib dapat.
Najib gagal untuk mendapat bantuan sokongan dari Jeneral 2 Bintangnya iaitu Hisham..kerana Hisham adalah dari Bahagian Senjata..bukannya Infantri yang boleh dikerah secara segera.

Jen.Hisham sibuk berlatih untuk memegang keris dan mengucupnya demi persiapan Bulan Mac yang bakal menjelma..takut takut sumbang pula cara tarik keris dan mengucupnya pula akan mendatangkan riuh rendah dari Divisyen MCA dan Divisyen Gerakan.Satu lagi tekanan dari Divisyen yang ada sehingga terpaksa Hisham menuntut maaf.

Seorang lagi Jeneral yang ada cuma pangkatnya rendah sikit adalah Lt Jen KJ,dia ini pula dari Kor Perkhidmatan(Tukang Sorak)..pada mana-mana pilihanraya yang ada, yang terkenal sekali adalah di Ijok beliau telah menunjukkan kehebatan dan kepintaran untuk bersorak dan memaki penyokong PR, dengan diiringi oleh anggota PomPom dari Kor Perkhidmatannya...telah berjaya menguasai medan.

Tetapi setelah melalui medan perang di PRU 12 yang lalu,Lt Jen KJ telah menyebabkan kekalahan yang teruk pada pihak Um No/Be En lalu khidmatnya telah ditarik dari kempen preemptive ini di Perak yang telah berlaku dan telah pun menjadi sejarah itu.

Setelah berjaya menguasai Negeri Perak, Zambry yang kini telah diangkat sebagai Kolenal,kini menghadapi satu lagi faktor yang tidak boleh dipandang enteng...tindakkan gerila.Risik telah gagal membaca faktor ke-10 Sun Tzu ini.Walaupun berjaya peringkat awalnya menggunakan faktor ke-13 Sun Tzu tetapi agak goyah kadar jayanya.

Kini Nizar akan menggunakan faktor ke-5,6,9,11 dan 12 Sun Tzu. Kesannya pasti hebat kerana perang gerila ini telah membuktikan sendiri kehebatannya(rujuk Force 136) yang berpusat dari mana..?Ya betul dari Negeri Perak.rujuk;http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136
Perang gerila ini yang diketuai oleh Mej Sivakumar pasti mendatangkan kesukaran tahap tinggi kepada Kol.Zambry dan anggota skuad BeEnd.

Yang pasti kesan dari pertempuran gerila ini pasti mendatangkan kesan psikologi yang mungkin tak tertanggung kelak, signal telah dikeluarkan apabila Kol.Zambry telah menarik diri dari pemilihan barisan Jeneral Um No pada bulan ketiga dalam tahun ini.Perang saraf telah bermula, siapa yang bertahan tidak boleh bertahan untuk tempoh yang lama,yang menyerang tidak boleh dan dapat mengekalkan momentum untuk menyerang.

Setelah letih dan capek menyerang kini hanya pihak yang berupaya dengan faktor pertama,2,3,4,7 dan8 Sun Tzu akan beroleh kemenangan.Kita tunggu dan lihat.

05 Februari 2009

Kalah Dahulu,Menang Kemudian

Perkembangan terbaru yang hangat diperkatakan di negeri Perak,amatlah menarik perhatian IndukYati,pertama perihal 'lompat parti'..Dari Um No ke PKR dan balik semula ke Um NO,kemudian dari PR tejun ke lubuk Be End,natijahnya rakyat di kawasan Adun tersebut terpingga-pingga kehairanan dan cukup bengang dan marah serta kecewa,setelah diberi madu dibalas dengan tuba,rakyat berhak marah dengan perlakuan sebegini.

Kedua,Undang-Undang Tubuh Negeri diletakkan sebagai mainan ataupun barang jualan?DYMM Sultan Perak memang diakui arif tentang hal ini.Apakah yang berlegar didalam pemikiran Tunku Sultan,IndukYati tak dapat nak meneka...Ada banyak pilihan yang boleh Tunku Sultan ambil,akan tetapi jalan ini mengundang perspektif yang negatif dan pasti banyak kritikkan akan diterima..

Ketiga,apakah kelak hubungan MB yang baru nanti akan menerbitkan hormat daripada rakyat..?

Bagi IndukYati pula..guru IndukYati pernah berkata"kerja Tuhan semuanya betul".Siapakah kita nak menyoal kepada Allah..kenapa ini semua berlaku?.."Yang manis jangan cepat ditelan,yang pahit jangan cepat dibuang",Teringat kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang terdapat didalam surah AlKahfi itu..Lantaran Nabi Allah Musa mengatakan beliau adalah seorang yang mengetahui semua perkara,lantas Alah menurunkan wahyu,dan mengatakan ada seorang hambaNya yang lebih mengetahui.
Daripada sini kita perlu ambil iktibar,hanya insan yang tabah,sabar dan redha dalam menempuh dugaan hidup ini,pasti akan diangkat darjatnya oleh Allah lebih tinggi daripada manusia yang lain.

Didalam hal di Negeri Perak ini,IndukYati fikir,kita perlu memandang jauh kehadapan,untu 4-5 tahun lagi.Apakah persedian kita dimasa tersebut..apakah langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini.PAS perlu lebih giat lagi menjalankan 'dakwah' dikalangan orang Melayu-Islam dan bagi mereka yang Islam tetapi bukan Melayu harus dilibatkan sekali.Kelab Penyokong PAS haruskan di'pasarkan'secara aggresif...undi mereka ini adalah kunci kejayaan didalam beberapa Pilihanraya,samada Kecil ataupun Umum.

Memang sebak IndukYati bila mendengar Kerajaan PR diPerak telah diganti dengan cara sebegini..tapi perlukah kita meraung,menghentak meja,menumbuk TV atau membakar media arus perdana yang dihantar oleh Asoo atau Uncle Raju didepan rumah kita?
Apabila Baginda s.a.w dihalau keluar dari Taif dengan luka yang berdarah..apakah doa yang dibaca oleh baginda...?Renung-renungkanlah..

Rubayat Al Fansuri:
Aho segala kamu anak alim
Jangan bersahabat dengan yang zalim

Karena Rasulullah sempurna hakim
Melarang kita selain khadim

03 Februari 2009

Pilihanraya lagi ke?

Pilihanraya Kecil yang akan diadakan di Behrang dan Changkat Jering adalah rentetan satu peristiwa yang boleh kita andaikan sebagai satu kesan dari percubaan pihak berkuasa untuk "membeli" dua orang Adun tersebut...adakah mereka ini "desperado"?..
Mereka yang terlibat dalam hal ini.. Jamal dan Osman,memberikan kita satu suasana yang dramatik semenjak dari hari mereka menghilang,gagal dikesan sehinggalah didapati mereka berada di Pahang...untuk apa berada di Pahang untuk jangkamasa yang agak lama juga?
Seperti kata Nobisha..penuh dengan tipu muslihat politik..terpulanglah kepada kita untuk melihat daripada sudut ataupun lapisan yang mana..jika dilihat dari permukaan,maka kita akan mendapati situasi ini sengaja diadakan untuk mengganggu kelancaran Nizar sebagai MB di Perak..
Daripada sudut yang lain pula bagaimana pula...anda jawaplah sendiri yea..IndukYati sengaja melambung tajuk ini supaya kita semua dapat menikmati jawapan jawapan yang bernas daripada penjenguk blog ini.

02 Januari 2009

Calon PAS

ADUN Wakaf Mempelam, Haji Wahid Endut dipilih utk mewakilkan PAS didalam Pilihanraya Kecil DUN Kuala Terengganu,siapakah beliau..boleh lihat di http://perisik-rakyat.com , akhirnya sudah ada nama yang akan menentang nama yang dipilih oleh Umno.
Apakah persediaan orang Kuala Terengganu didalam hal ini,yang bakal menyaksikan jentera kerajaan melawan barisan Pakatan Rakyat...adakah Bandar Kuala Terengganu akan "mewah" atau mereka semakin bijak berpolitik..pilihlah Parti yang dirasakan sesuai demi kebaikkan bersama..faktor calon perlu juga diambil kira..selidiki latar belakang tak salah,malah itu adalah sebahagian proses mendapatkan maklumat dan membuat keputusan..faham-faham sendirilah