06 April 2009

Kejayaan Dalam Genggaman.......?

Hari ini adalah hari terakhir untuk calon calon yang bertanding di Bukit Selambau,ada 13 calon semuanya. Manakala di Bukit Gantang pula ada 3 orang calon,dan di Batang Ai pertemuan satu lawan satu berlaku. Selepas jam 12 malam nanti maka tidaklah boleh berkempen lagi..maknanya "cooling time" sehingga kepaginya nanti...hari membuang undi.

Pelbagai taktik dilaksanankan oleh pihak-pihak yang bertanding...projek mee segera,komisen tampal poster,dana untuk rakyat miskin dan ibu-ibu tunggal serta anak yatim..mungkin ada penduduk yang termakan dengan dakyah yang sebegini, tapi sebahagian besar mungkin sudah terlalu jelak dan mual dengan perlakuan sebegitu.

Bagi mereka yang bertanding..masa ini adalah begitu kritikal sekali, apakah sambutan penyokong boleh di transformkan ke bentuk kertas undi yang bertanda simbol parti yang dipilih? apakah gangguan yang bakal berlaku sepanjang hari ini membawa ke malam? Apakah jentera parti sudah memaksimumkan kempan?...Apakah persediaan penduduk untuk keluar mengundi esok sudah siap?

Dari waktu subuh esok hingga waktu pembuangan undi esok adalah waktu yang paling kritikal sekali...hati mudah berpaling,fikiran dikuasai emosi,tindakan didahului perasaan.Semoga penduduk dikawasan Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai akan dapat menunaikan kewajipan sebagai pengundi berdaftar dengan aman dan selamat esok.Insya-Allah.

3 ulasan:

  1. semoga kedamaian dan keamanan berkekalan.

    BalasPadam
  2. Salam Semua..

    SS san,
    Setiap hari kita mendoakan keselamatan dan keamanan kepada diri kita,keluarga dan masyarakat..cuma kurang sedar ajer..

    Basuh Baju,

    Tak dapek den nak jawab nyer,ini bab rezeki dan jodoh..jika kita bersabar Insya-Allah kejayaan beserta kita...bukan kerana kita..tapi kerana bersabar...maka Allah akan beserta.

    BalasPadam