Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

24 November 2009

Musim Bah@Tengkujuh(Pilihanraya)Duit

Sudah seminggu aku demam dan batuk.. Alhamdullillah..aku masih diuji olehNya dgn ujian sekecil ini.Akibatnya terpaksa 'absent' kelas 2 kali.
Cuma yg aku perati..aku dgn mudahnya meninggalkan ibadat wajib aku..sedangkan tak ada keuzuran untuk seorang lelaki menunaikan ibadat wajibnya iaitu solat...ironinya aku sentiasa bising kepada anak lelaki aku untuk solat..hehehe...manusia...manusia!!

Bila aku terkenangkan akan situasi Nabi Idris..masih tetap beribadat walaupun ditimpa penyakit,aku jadi kuat seketika...dapatlah solat dua waktu, bila batuk bagai nak pecah dada..terbabaslah aku dek pukulan ubat batuk pekat warna hitam..adik aku bagi..selepas aku menghantar SMS...ambik ubat dari RSAT..

Hari ini aku mula mengirimkan posting..terima kasih kepada yang sudi melawat dan menziarahi blog yg daif ini..

Selepas ini,Kota Seputeh akan dibanjiri oleh ramai ahli masyarakat..samada anak tempatan sendiri,pelancong politik,ahli politik,calon parti politik,badan badan bukan kerajaan yang buncit perut dek kerana dana parti politik(jadi tungganggan/balaci) parti politik.

Setelah Bagan Pinang berlalu,pakatan rakyat diserang oleh rangkaian media milik pemerintah secara tersusun dan nyata jarum mereka ini sangat berjaya mempengaruhi minda rakyat.Adakah ini benar?

Apakah media milik PR..tidak memahami gerak kerja perang saraf ini..?Nyata masih banyak yang perlu dilakukan jika matlamat kita untuk menuju PutraJaya ingin direalitikan..

18 Februari 2009

Kejutan di Perak..

Serangan Balas

Speaker DUN Negeri Perak,Sivakumar telah mengarahkan MB Perak yang telah diterjunkan dari Kapal Terbang Pengangkut Herculis milik UM No supaya digantung daripada memasuki Sidang DUN.Terkejut kerana menerima serangan balas yang tidak diduga itu mengakibatkan 6 lagi paratrooper yang didalam 2 sindiket(satu sendikit ada 3 org) telah juga mengalami nasib yang sama...namun yang agak parah adalah Kol Zambry yang telah cedera parah dan mungkin mengambil masa 18 bulan untuk pulih,sementara yang lain pula hanya cedera di kaki dan tangan terkena tunggul tunggul kayu semasa didaratkan di Bukit Merah tempoh hari.

Kol Zambry seperti yang dikhabarkan telah pun cuba memberi serang balas juga,akan tetapi Jen Najib gagal memberi bantuan sokongan Altileri..bantuan yang biasanya diberikan oleh Jen Mahyuddin.Ini kerana Jen Mahyuddin agak keliru kerana terlalu banyak signal yang diterima dari medan...dia keliru dengan signal Kes Altantuya,Kes Adun Bukit Selambau,Kes Elis Wong dan rapat umum menyokong Raja-Raja Melayu.

Kesian Jen Mahyuddin..beliau gagal berhubung dengan Jen Hisham yang kini menghadapi tentangan dari dalam iaiu Gapena,Gerakan Mansuhkan Bahasa Inggeris dan banyak lagi NGO yang lain...senjata(Ordans) gagal dibekalkan kepada Jen Mahyuddin.Jen Rustam Ali yang telah lama memegang Kor Perkhidmatan gagal dilihat berfungsi didalam pertempuran ini...biasalah..Ketua Turus Abdullah belum memberi green light lagi untuk beliau bertindak

Speaker DUN Perak..Mej Sivakumar telah membuat satu serangan balas menggunakan bom C4 yang amat popular ketika ini,mudah didapati tanpa banyak soal,kesan yang hebat dan dasyat dan mudah mengelirukan pasukan pengesan bom.Kol Zambry telah terpedaya ketika ini kerana masih mamai dengan kejayaan penerjunan yang lalu, tanpa mengambil kira faktor ketahanan anggota beliau.

Kemungkinan Mej Sivakumar akan melancarkan satu lagi serangan balas sebagai memadamkan saki baki tentangan dari Kol Zambry dan anggota skuadnya.Serangan dari jet pejuang Sukhoi MKM yang diterbangkan dari Kuala Terengganu(Parlimen P36) akan mengakibatkan DUN Perak akan dibubarkan...!!!

Kini masanya akan tiba menyaksikan Kapal Perang Durjana Um No akan tenggelam di perairan Selat Dinding,rakyat Perak akan menghukum sekali lagi kedurjanaan Um No,kebejatan Jen-jen Um No yang tanpa segan silu merembat dan membaham kekayaan dan juga wang rakyat.Inikah contoh pemimpin yang hendak membawa nasib Malaysia menghadapi kemelut ekonomi yang sering memberikan impak yang bukan sedikit kepada dasar-dasar ekonomi negara ini...kesian Jen Najib yang juga memegang portfolio Kewangan..

Sememangnya Ketua Turus Abdullah sangat bijak menyusun strategi untuk kelangsungan hidup politik beliau..
Jen Najib yang amat mengidamkan posisi Ketua Turus,serta dibantu oleh Jen Mahyuddin telah memberikan desakan kepada Abdullah untuk berundur awal..Jen Hisham juga memihak kepada Jen Najib..maklumlah satu datuk sebelah ibu..Lt Jen KJ cuba bersuara namun terlalu risau akan risiko Kapal Perang Durjana Um No akan pecah lebih awal..hendak mengharapkan Lt Komander Khir Toyo dari Selangor itu pula..dia pun masih tak biasa bertempur dan menerima kekalahan..

Maka berkatalah Pak Karamu " Manusia merancang,Allah juga Merancang"..sememangnya manusia jarang gagal merancang..namun Allah tidak pernah lupa akan janji-janjiNya.Kebenaran akan muncul jua,menghapuskan kebatilan itu.

Buat Mej Sivakumar tindakkan anda amat berani..sesuailah anda dari Kor Gerak Khas..'cepat dan cergas'
walaupun disokong oleh unit unit kecil dari Briged Bloger,namun keupayaan Mej Sivakumar tidak harus diperkecilkan.Setiap orang pasti akan ditanya akan tanggungjawabnya didunia...yang pasti beliau telah melunaskan tugas itu...buat penderhaka bangsa dari Changkat Jering dan Behrang itu...dah bersediakah anda dengan jawapannya..



17 Februari 2009

Kata Perbilangan

Bagaimana dek orang,begitu dek kita

Apabila orang mampu membuat sesuatu kita juga harus mampu melakukannya juga, dan jika kita boleh melakukan sesuatu, maka orang lain pun begitu juga.Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan tidak putus asa.
Dalam konteks di Negeri Perak ini, hal sebegini telah terbukti telah berlaku..Um No pernah menyaman pemimpin pembangkang,Um No/Be End pernah melakukan taktik diluar jangka dan amat kotor, begitu juga kini pemimpin PR sedang melakukan taktik diluar jangka, kes saman pun tidak boleh diabaikan juga.

Sememangnya kata-kata orang tua ini tidak boleh diketepikan,perbidalan,pepatah dan peribahasa amat sebati didalam budaya orang kita..Yang tua di hormati, yang muda di sayangi.

Didalam hal pergerakkan Pemuda di Malaysia ini, khususnyaPAS dan Um No..bakal melihat perubahan corak kepimpinan. Pemuda PAS yang diterajui oleh Salahuddin Ayob akan melepaskan jawatannya itu untuk memberi laluan kepada barisan pengganti yang bakal mencorakkan wajah serta pembawaan yang baru kepada barisan Pemuda PAS.Beliau yang kini berumur 48 tahun akan melepaskan jawatan tersebut, pastinya bakal pengganti beliau itu seharusnya telah terbukti dengan kualiti kepimpinan,ilmu dan mempunyai sifat sifat seorang pemimpin yang telah digariskan di dalam kitab Al-Quan.Yang patah kan tumbuh,yang hilang kan berganti.

Cuma adakah yang berganti itu lebih baik dari yang hilang itu dan yang tumbuh itu adakah lebih kuat dan bersedia menempuh gelora perjuangan dimasa-masa akan datang...?

Didalam gerombolan Um No pula..bulan ketiga tahun ini,bakal menyaksikan satu pertempuran jarak dekat diantara tiga pendekar dari gua yang berlainan..Dato' Pendekar Jerlun Mukhriz Helang Mengepak, Dato' Pendekar Khir Toyo Sg Burung Pipit dan Pendekar Khairy Jamaludin Gunung Datuk.


Diantara ketiga-tiga calon pendekar ini,siapakah yang dapat menguasai tampok kepimpinan gelanggang Pemuda Um No..?Didalam sibuk berkempen dan bertempur esok...janganlah sampai "yang menang jadi abu,yang kalah jadi arang"

Mereka yang telah mengesahkan diri untuk bertanding ini telah pun menyiapkan matlamat dan visi dan misi untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan memimpin barisan Pemuda ini.."perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" ini adalah kata-kata Rendra..sasterawan dari tanah seberang..ini juga menjadi tagline blogspot sahabat seguru IndukYati iaitu Chegu Bard dari PKR

maka benarlah seperti perbilangan diatas...renung-renungkanlahh

05 Februari 2009

Kalah Dahulu,Menang Kemudian

Perkembangan terbaru yang hangat diperkatakan di negeri Perak,amatlah menarik perhatian IndukYati,pertama perihal 'lompat parti'..Dari Um No ke PKR dan balik semula ke Um NO,kemudian dari PR tejun ke lubuk Be End,natijahnya rakyat di kawasan Adun tersebut terpingga-pingga kehairanan dan cukup bengang dan marah serta kecewa,setelah diberi madu dibalas dengan tuba,rakyat berhak marah dengan perlakuan sebegini.

Kedua,Undang-Undang Tubuh Negeri diletakkan sebagai mainan ataupun barang jualan?DYMM Sultan Perak memang diakui arif tentang hal ini.Apakah yang berlegar didalam pemikiran Tunku Sultan,IndukYati tak dapat nak meneka...Ada banyak pilihan yang boleh Tunku Sultan ambil,akan tetapi jalan ini mengundang perspektif yang negatif dan pasti banyak kritikkan akan diterima..

Ketiga,apakah kelak hubungan MB yang baru nanti akan menerbitkan hormat daripada rakyat..?

Bagi IndukYati pula..guru IndukYati pernah berkata"kerja Tuhan semuanya betul".Siapakah kita nak menyoal kepada Allah..kenapa ini semua berlaku?.."Yang manis jangan cepat ditelan,yang pahit jangan cepat dibuang",Teringat kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang terdapat didalam surah AlKahfi itu..Lantaran Nabi Allah Musa mengatakan beliau adalah seorang yang mengetahui semua perkara,lantas Alah menurunkan wahyu,dan mengatakan ada seorang hambaNya yang lebih mengetahui.
Daripada sini kita perlu ambil iktibar,hanya insan yang tabah,sabar dan redha dalam menempuh dugaan hidup ini,pasti akan diangkat darjatnya oleh Allah lebih tinggi daripada manusia yang lain.

Didalam hal di Negeri Perak ini,IndukYati fikir,kita perlu memandang jauh kehadapan,untu 4-5 tahun lagi.Apakah persedian kita dimasa tersebut..apakah langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini.PAS perlu lebih giat lagi menjalankan 'dakwah' dikalangan orang Melayu-Islam dan bagi mereka yang Islam tetapi bukan Melayu harus dilibatkan sekali.Kelab Penyokong PAS haruskan di'pasarkan'secara aggresif...undi mereka ini adalah kunci kejayaan didalam beberapa Pilihanraya,samada Kecil ataupun Umum.

Memang sebak IndukYati bila mendengar Kerajaan PR diPerak telah diganti dengan cara sebegini..tapi perlukah kita meraung,menghentak meja,menumbuk TV atau membakar media arus perdana yang dihantar oleh Asoo atau Uncle Raju didepan rumah kita?
Apabila Baginda s.a.w dihalau keluar dari Taif dengan luka yang berdarah..apakah doa yang dibaca oleh baginda...?Renung-renungkanlah..

Rubayat Al Fansuri:
Aho segala kamu anak alim
Jangan bersahabat dengan yang zalim

Karena Rasulullah sempurna hakim
Melarang kita selain khadim

17 Januari 2009

Calon PAS menang!!

Akhirnya setelah berkempen selama 11hari,satu keputusan telah keluar pada jam 2127hrs tadi,calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P036 telah memenangi pilihanraya tersebut...Tahniah.
Satu tugas dan amanah yang besar kerana YB Datuk adalah juga wakil rakyat bagi DUN Wakaf Mempelam,sememangnya satu komitmen yang besar harus dipikul oleh beliau..adakah rakyat di KT akan terus memberikan sokongan terhadap beliau...Jika sesuatu tugas itu dilaksanakan hanya kerana Allah,pastinya segala masalah akan dapat diatasi,yang beban akan diringankan,yang sulit akan dimudahkan.Bulat air kerana pembentung,maka bulat kata dek muafakat,
Selepas ini adalah diharapkan segala kekurangan akan dapat diatasi,masalah rakyat akan dapat didengari malah yang lebih utama adalah kebajikan dan keselamatan penduduk dan juga rakyat KT khasnya dan rakyat Terengganu secara amnya...seperti kalimah nama Allah yang menjadi mercu tanda di KT...

BN 30,252, PAS 32,883, Bebas 193 - Majoriti 2,631