17 Januari 2009

Calon PAS menang!!

Akhirnya setelah berkempen selama 11hari,satu keputusan telah keluar pada jam 2127hrs tadi,calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P036 telah memenangi pilihanraya tersebut...Tahniah.
Satu tugas dan amanah yang besar kerana YB Datuk adalah juga wakil rakyat bagi DUN Wakaf Mempelam,sememangnya satu komitmen yang besar harus dipikul oleh beliau..adakah rakyat di KT akan terus memberikan sokongan terhadap beliau...Jika sesuatu tugas itu dilaksanakan hanya kerana Allah,pastinya segala masalah akan dapat diatasi,yang beban akan diringankan,yang sulit akan dimudahkan.Bulat air kerana pembentung,maka bulat kata dek muafakat,
Selepas ini adalah diharapkan segala kekurangan akan dapat diatasi,masalah rakyat akan dapat didengari malah yang lebih utama adalah kebajikan dan keselamatan penduduk dan juga rakyat KT khasnya dan rakyat Terengganu secara amnya...seperti kalimah nama Allah yang menjadi mercu tanda di KT...

BN 30,252, PAS 32,883, Bebas 193 - Majoriti 2,631

8 ulasan:

  1. pengajaran untuk semua ahli UMNO. salam singgah.

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sudi singgah...silalah beri komen membina dan kritikan yang positif jika ada..

    BalasPadam
  3. lepas ni kat Sabah akan ada satu lagi pilihanraya kecil. Rasanya BN tumbang lagi.

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada YB Wahid, syabas buat petugas dan tahniah juga kepada PAS. Penat yang berbaloi

    BalasPadam
  5. Indokyati,
    Kenapa sudah lama tidak menulis. Sudah 2 minggu posting ini tidak diganti. Takkan sudah putus idea.

    BalasPadam
  6. Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

    “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

    Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
    Sumber: JAKIM
    View Profile: Rantong

    BalasPadam