
Ada orang tak faham bahasa,
Ada orang tak reti bahasa,
Ada pula yang berbahasa,
Yang lain pula macam-macam bahasa
Yang bahasa Jawa,
Yang bahasa Sunda,
Yang bahasa Minang,
Yang bahasa Banjar,
Yang bahasa Rawa,
Yang bahasa Mandailing
Yang bahasa Bugis,
Mereka ini pun berbahasa Melayu,
Ada pula berbahasa Melayu,
Tapi bunyinya Kelantan
Ada yang bunyinya Terengganu
Dan juga berbunyi Pahang,
Bila bahasa Melayunya berbunyi Johor
Kita bisa mengerti,
Bila katanya berbahasa Negeri
Ramai pula yang cuba nak ikut sekali,
Ada juga dari Melaka,berdondang sayang dan berpantun,
Begitu enak sekali.
Jalan-jalan lagi ke utara,
Bila masuk ke Perak,bunyinya sama tapi tak serupa,
Udah gitu gamaknya..masuk ke Kedah...hang jangan buat leceh...!!
Sudah resam orang kita..Dimana bumi dipijak..disitu langit dijunjung..!!
Jalan-jalan ke Pulau Pinang..kalau tak pekena Nasi Kandar....tak cukup sifat namanya.
Ragam mencari bahasa...bila ketemu cintailah sepenuhnya,
Kerana Bahasa Jiwa Bangsa...mana bangsa yang tidak punya bahasa..!!
Dek kerana buta bahasa yang nama bergelar di panggil Encik/Cik..payah betul,
Jika tak faham bahasa ini...nanti ditanya pula sekolah kat mana?
Daripada tak reti bahasa...boleh mendatangkan marah pada yang ditanya.
Bukankah elok jika kita belajar bahasa..tak faham banyak,sikit pun jadilah..

Ada pula pandai berbahasa...bila berkata berlapis-lapis makna bahasanya,
Jika faham selapis...maknanya tak sampailah lagi maksud kata-katanya dek tinggi bahasa,
Entahlah mungkin kerana ramai yang tak faham bahasa..orang sekeliling puas menyindir dan
perli,tapi telinga buat pekak pula...jangan salahkan dia..sebab dia tak reti bahasa...
Begitu-begini...pelbagai hal bersangkutan bahasa...tapi jangan pula berkata..."I'm look stupid when speaking in Bahasa"...ehh...siapa yang berkata ini...Keluarga dia tak ajar ke anak dia berbahasa...entah lah!!!
saya merupakan salah seorang pejuang bahasa Melayu..
BalasPadamdan sekrang dalam masa yang sama, saya tengah menghabiskan ijazah peringkat Sarjana dalam BAHASA MELAYU..
saya bangga ber bahasa Melayu..
walaupun ada sesetangah orang malu untuk mengungkapkan bahasa ibunda ini..
mungkin fikiran mereka sudah bercampur dengan fikiran BARAT..
wlau apa pun BM tetap di hati..
Salam lalink7
BalasPadamterima kasih kerana singgah