12 Jun 2009

Sifat Belas Kasihan

Sifat ini adalah berkenaan rasa kasihan kepada orang lain dan mendorong kita untuk membantu orang lain yang ditimpa kesulitan atau kesusahan.Ramai jiran-jiran kita yang sebenarnya kita tidak sedar amatlah memerlukan pertolongan dan bantuan, tinggal lagi amatlah berat bagi mereka untuk membuka mulut untuk bersuara meminta bantuan.Buktinya sebuah rancangan di stesen televisyen masih lagi menyiarkan segala suka duka mereka yang hidup dalam kedaifan dan begitu senang sekali air mata kita mengalir, habis cerita berhentilah air mata kita mengalir. Miskinnya jiwa kita.

Sedangkan didalam ajaran agama kita ini, sifat sayang sesama Islam amatlah dituntut dan digalakkan agar dijalankan sepanjang masa, tanpa mengira warna kulit, bahasa dan bangsa.

Antara satu orang Islam dengan yang lain ada satu pertalian iaitu kita adalah bersaudara.
Tanpa mengira apa bangsa sekalipun kerana satu ugama, satu tuhan yang disembah, satu rasul yang diakui, satu udara yang dikongsi bersama.

Maknanya apabila sudah mengaku bersaudara maka seharusnya tiada lagi pergaduhan, cerai berai, memutuskan silaturrahim dan sebagainya.

Sedar atau tidak, kita sering membezakan orang lain yang berbeza mazhab sebagai contohnya, jika kita bermazhab Syafie cari pasal dengan mereka yang bermazhab Hanafi,
Kita berfahaman Syafie bergaduh dengan mereka yang faham Wahabi.

Bila mana ini berlaku, maka longgarlah kekuatan kita sesama Islam, dimanakah perjanjian kita tadi .Hilanglah sudah rasa belas kasihan kita kepada sesama Islam.

Bila tiada rasa belas kasihan sesama Islam, maka yang seing berlaku adalah khianat mengkhianati, berbohong sesama kita, satu sifat yang negatif.

Sekali lagi bila mana kekurangan Ilmu, maka kita sering terjebak didalam sitiuasi yang amat merugikan kita sesama Islam. Perkara yang kita kurang maklum, kita akan tolak bulat-bulat dek ceteknya pengetahuan kita itu.Contoh ramai yang tak pernah jumpa hantu, tetapi ramai pula yang takut hantu..

Ramai yang tak takut Tuhan sebab tak pernah nampak…tapi Tuhan itu ada. Sifat belas kasihan ini bukan hanya patut ada untuk sesama manusia sahaja, sewajarnya kita mendidik diri kita dan keluarga untuk sama sama juga mempunyai rasa belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain juga…Fikir-fikirkanlah..

1 ulasan:

  1. Salam, terima kasih kerana sudi menjadi pengikut blog saya.

    BalasPadam