21 Mac 2009

Makluman Semasa

Salam Semua..
IndukYati akan memulakan semula ruangan Cakap dan Buat ini...secepatnya minggu hadapan..maaf sekiranya ada yang menunggu posting yang baru..Jumpa Lagi

26 Februari 2009

Menukar Pesaingan Kepada Zero.

Pilihan apa yang ada?

Kadang kala kita sering tersepit dan berasa terancam dek kerana tekanan yang mencurah tiba.Bagaimana mahu mengatasi itu semua?Mahu melarikan diri? Meninggalkan masalah bukanlah pendekatan bijak yang boleh kita ambil sebagai pilihan.Ada beberapa pilihan yang boleh kita ambil,pada kebiasaannya pilihan yang kita fikirkan yang mudah itulah yang terbaik...betulkah?

Kita sering juga tersilap membuat pilihan untuk menyelesaikan masalah atau apa jua cabaran yang datang...malah adakalanya manusia sanggup membunuh diri kerana dilanda dan dihimpit oleh masalah dunia...adakah ini pilihan yang wajar? Berbeza ugama berbeza pendekatan dalam memberi jawapan diatas masalah yang menimpa penganutnya.

Bagaimana pula mahu menghapuskan masalah,persaingan yang ada di persekitaran perniagaan,ancaman yang berpotensi pada masa akan datang.Bolehkah kita menghapuskan pesaing kita didalam ruang hidup kita samaada dalam perniagaan contohnya,musuh dalam politik,menggunakan masalah sebagai peluang untuk menguasai keadaan dan banyak lagi.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...setiap konflik pasti ada jalan keluar,setiap delema pasti ada jalan mengatasinya..setiap pemusuhan pasti akan berakhir dengan dua pilihan..berbaik semula atau terusan bermusuh..setiap peperangan pasti ada jalan terakhir..menang atau kalah..dibunuh atau membunuh,hatta perang melawan nafsu pun perlukan dua pilihan sahaja..ikut nafsu atau menundukkan nafsu..adakah pilihan ketiga?


Manusia merancang..Allah juga merancang

Manggis.




Manggis....pastinya ramai yang suka memakan buah tempatan ini bukan..?Jika dahulu kita makan sahaja isinya dan buang kulit manggis tersebut. Dunia dah maju,dunia dah berubah,dengan teknologi yang maju dan juga dek kecanggihan R&D yang ada dinegara kita ini, kulit manggis yang jika dahulunya dibuang begitu sahaja kini menjadi produk kesihatan yang semakin diterima ramai dinegara ini.

Bagai hitam si kulit manggis,makin dipandang makin manis
, sering menjadi ucapan si teruna tika melihat dara menawan dan manis dari rumah sebelah atau dari hujung jalan menuju pasar menbeli ikan dan sayur yang melintas didepan rumah teruna tersebut.Walaupun ada dara kampung yang kulitnya putih bak telur rebus yang dikupas kulitnya...sidara yang berkulit hitam manis tetap juga menjadi pojaan hati....

Bagai sitompok manggis, membawa pengertian bahawa jika dikira tompoknya ada 5 maka isinya didalam pasti ada jumlah yang sama.Kita sering diperdengarkan tentang peribahasa ini.Baru-baru ini IndukYati telah terbaca satu cerita lisan daripada satu blog yang tak sempat nak di 'tandai'..berkenaan tompok manggis.Apakah dia?

Cerita tentang Pahlawan Negara- Mat Kilau..katanya selepas keluar dari persembunyiannya,dia telah berkata tentang mengapa orang Melayu kalah dalam bertempur dengan pihak Inggeris..ini kerana faktor tompok manggis.Apakah dia faktor ini..?Sebenarnya IndukYati juga tak faham tentang hal ini.Setelah seketika barulah 'hijab' dibuka.

Sebenarnya inilah sikap orang kita yang tak pandai menyimpan rahsia..didalam perjuangan bukan sahaja fizikal dan mental dituntut berada didalam keadaan siap siaga malah faktor budaya kita juga secara tak langsung telah dimanupulasikan secara maksima oleh pihak penjajah.

Kita sedari kecil diajar tentang berkata benar,jangan berbohong..jangan menipu.Siapa yang tak setuju mengatakan ini adalah sikap yang tak elok dan buruk.Akan tetapi didalam masa perang..tiada yang mustahil..Selalu kita akan diperingat'Biar pecah diperut,jangan pecah dimulut" tetapi siapa pula yang berani dan sanggup jika dimomokkan tentang nasib isteri dan anak...jika sudah ditawan pastinya seorang pejuang pasti akan 'cair' juga dek mengenangkan nasib isteri dan anak.

Maka disinilah bermula episod malang perjuangan menentang penjajah dinegara kita ini.Bagaimana pejuang-pejuang ini berusaha sehabis dan sebaik mungkin dalam menyusun atur gerak dan muslihat didalam peperangan,akan tetapi tempat persembunyian mereka akan tetap dapat dihidu oleh Inggeris.Siapa yang memberi informasi dan maklumat tentang lokasi dan kekuatan pejuang-pejuang Inggeris ini?

20 Februari 2009

Al-Fatihah - Selamat Tinggal Duniaku.....

Kehilangan seorang tokoh pelukis negara yang lebih dikenali sebagai Ib,semalam 19hb Februari,membawa kembali sedikit memori lama bersama anak saudaranya.Sepanjang mengenali dan bersahabat dengan anak saudaranya itu..amat sedikit cerita yang keluar ttg Ibrahim Hussien,
walhal beliau itu seorang yang terkenal didalam bidangnya, yang melangkaui batas politik,agama dan budaya,merentasi batas sempadan dunia sekalipun.

Sahabat IndukYati itu yang digelar "kekanda" selalu memberi tunjuk ajar tentang kehidupan, bagaimana mahu hidup didunia ini...mahu jadi petualang bisa juga, diajar tentang setiakawan, mahu jadi pengkhianat ditunjukkan juga, bagaimana mahu menjadi strategis yang unggul, berani menempuh badai dan ranjau...menjadi pengecut dan tunduk kepada musuh..itu bukan dalam kamus hidup 'kekanda'

Walaupun beza umur tidak jauh sangat tetapi 'kekanda' tetap menganggap kami yang sering usrah bersama, sebagai teman sehidup dan semati...masih IndukYati ingat lagi kata-katanya.."keris itu tajam,lagi 'tajam' jika ditikam dari belakang dan yang menikam pula adalah kawan kita"..kata katanya itu memberikan satu sudut pandang yang berbeza kepada IndukYati.."berkawan biar seribu,musuh jangan diseru"...musuh datang kami tak gentar..

Ada satu peristiwa yang masih kekal dalam ingatan IndukYati semasa usrah dengan 'kekanda' dan sahabat-sahabat yang lain, ketika itu jam 3 pagi, sedang bercerita tentang perjuangan baginda Rasul didalam hijrah dan dakwah...tiba-tiba "kekanda"terdiam seketika...sebelum "kekanda" terdiam itu,IndukYati perasan ada bayangan melintas dari pintu masuk dari sebelah kanan kearah kiri..tempat "kekanda" duduk bercerita.Apabila bayang hitam itu masuk dan berhenti didepan "kekanda"..barulah "kekanda" terdiam dan berhenti,seraya memandang keatas..kira-kira 2-3 min,barulah "kekanda" buka mulut semula.

"kekanda" memandang sekeliling,bila pandangannya singgah ke mata IndukYati..'kekanda' tersenyum...kemudiannya dia berkata banyak rahmat dan berkat didalam majlis ilmu...ramai yang berat nak turut serta dalam majlis ilmu.

Bila dia bertanya ada sesiapa yang nampak apa yang telah berlaku itu, ramai juga yang kata tak nampak..IndukYati kata nampak satu bayang hitam masuk dan berhenti didepan 'kekanda'.
Inilah bahagian masing-masing..bila mendapat sesuatu dari HakNya..maka kita akan sentiasa diuji dan diberi dugaan.

"kekanda" adalah anak seorang SN yang juga merupakan abang kepada Allahyarham Datuk Ibrahim Hussien.Pengalaman allahyarham yang berliku dan mencabar, membentuk satu personaliti yang jitu dan tahan ujian.Sememangnya persekitaran membentuk jiwa dan raga.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman disisiNya.

18 Februari 2009

Kejutan di Perak..

Serangan Balas

Speaker DUN Negeri Perak,Sivakumar telah mengarahkan MB Perak yang telah diterjunkan dari Kapal Terbang Pengangkut Herculis milik UM No supaya digantung daripada memasuki Sidang DUN.Terkejut kerana menerima serangan balas yang tidak diduga itu mengakibatkan 6 lagi paratrooper yang didalam 2 sindiket(satu sendikit ada 3 org) telah juga mengalami nasib yang sama...namun yang agak parah adalah Kol Zambry yang telah cedera parah dan mungkin mengambil masa 18 bulan untuk pulih,sementara yang lain pula hanya cedera di kaki dan tangan terkena tunggul tunggul kayu semasa didaratkan di Bukit Merah tempoh hari.

Kol Zambry seperti yang dikhabarkan telah pun cuba memberi serang balas juga,akan tetapi Jen Najib gagal memberi bantuan sokongan Altileri..bantuan yang biasanya diberikan oleh Jen Mahyuddin.Ini kerana Jen Mahyuddin agak keliru kerana terlalu banyak signal yang diterima dari medan...dia keliru dengan signal Kes Altantuya,Kes Adun Bukit Selambau,Kes Elis Wong dan rapat umum menyokong Raja-Raja Melayu.

Kesian Jen Mahyuddin..beliau gagal berhubung dengan Jen Hisham yang kini menghadapi tentangan dari dalam iaiu Gapena,Gerakan Mansuhkan Bahasa Inggeris dan banyak lagi NGO yang lain...senjata(Ordans) gagal dibekalkan kepada Jen Mahyuddin.Jen Rustam Ali yang telah lama memegang Kor Perkhidmatan gagal dilihat berfungsi didalam pertempuran ini...biasalah..Ketua Turus Abdullah belum memberi green light lagi untuk beliau bertindak

Speaker DUN Perak..Mej Sivakumar telah membuat satu serangan balas menggunakan bom C4 yang amat popular ketika ini,mudah didapati tanpa banyak soal,kesan yang hebat dan dasyat dan mudah mengelirukan pasukan pengesan bom.Kol Zambry telah terpedaya ketika ini kerana masih mamai dengan kejayaan penerjunan yang lalu, tanpa mengambil kira faktor ketahanan anggota beliau.

Kemungkinan Mej Sivakumar akan melancarkan satu lagi serangan balas sebagai memadamkan saki baki tentangan dari Kol Zambry dan anggota skuadnya.Serangan dari jet pejuang Sukhoi MKM yang diterbangkan dari Kuala Terengganu(Parlimen P36) akan mengakibatkan DUN Perak akan dibubarkan...!!!

Kini masanya akan tiba menyaksikan Kapal Perang Durjana Um No akan tenggelam di perairan Selat Dinding,rakyat Perak akan menghukum sekali lagi kedurjanaan Um No,kebejatan Jen-jen Um No yang tanpa segan silu merembat dan membaham kekayaan dan juga wang rakyat.Inikah contoh pemimpin yang hendak membawa nasib Malaysia menghadapi kemelut ekonomi yang sering memberikan impak yang bukan sedikit kepada dasar-dasar ekonomi negara ini...kesian Jen Najib yang juga memegang portfolio Kewangan..

Sememangnya Ketua Turus Abdullah sangat bijak menyusun strategi untuk kelangsungan hidup politik beliau..
Jen Najib yang amat mengidamkan posisi Ketua Turus,serta dibantu oleh Jen Mahyuddin telah memberikan desakan kepada Abdullah untuk berundur awal..Jen Hisham juga memihak kepada Jen Najib..maklumlah satu datuk sebelah ibu..Lt Jen KJ cuba bersuara namun terlalu risau akan risiko Kapal Perang Durjana Um No akan pecah lebih awal..hendak mengharapkan Lt Komander Khir Toyo dari Selangor itu pula..dia pun masih tak biasa bertempur dan menerima kekalahan..

Maka berkatalah Pak Karamu " Manusia merancang,Allah juga Merancang"..sememangnya manusia jarang gagal merancang..namun Allah tidak pernah lupa akan janji-janjiNya.Kebenaran akan muncul jua,menghapuskan kebatilan itu.

Buat Mej Sivakumar tindakkan anda amat berani..sesuailah anda dari Kor Gerak Khas..'cepat dan cergas'
walaupun disokong oleh unit unit kecil dari Briged Bloger,namun keupayaan Mej Sivakumar tidak harus diperkecilkan.Setiap orang pasti akan ditanya akan tanggungjawabnya didunia...yang pasti beliau telah melunaskan tugas itu...buat penderhaka bangsa dari Changkat Jering dan Behrang itu...dah bersediakah anda dengan jawapannya..



17 Februari 2009

Kata Perbilangan

Bagaimana dek orang,begitu dek kita

Apabila orang mampu membuat sesuatu kita juga harus mampu melakukannya juga, dan jika kita boleh melakukan sesuatu, maka orang lain pun begitu juga.Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan tidak putus asa.
Dalam konteks di Negeri Perak ini, hal sebegini telah terbukti telah berlaku..Um No pernah menyaman pemimpin pembangkang,Um No/Be End pernah melakukan taktik diluar jangka dan amat kotor, begitu juga kini pemimpin PR sedang melakukan taktik diluar jangka, kes saman pun tidak boleh diabaikan juga.

Sememangnya kata-kata orang tua ini tidak boleh diketepikan,perbidalan,pepatah dan peribahasa amat sebati didalam budaya orang kita..Yang tua di hormati, yang muda di sayangi.

Didalam hal pergerakkan Pemuda di Malaysia ini, khususnyaPAS dan Um No..bakal melihat perubahan corak kepimpinan. Pemuda PAS yang diterajui oleh Salahuddin Ayob akan melepaskan jawatannya itu untuk memberi laluan kepada barisan pengganti yang bakal mencorakkan wajah serta pembawaan yang baru kepada barisan Pemuda PAS.Beliau yang kini berumur 48 tahun akan melepaskan jawatan tersebut, pastinya bakal pengganti beliau itu seharusnya telah terbukti dengan kualiti kepimpinan,ilmu dan mempunyai sifat sifat seorang pemimpin yang telah digariskan di dalam kitab Al-Quan.Yang patah kan tumbuh,yang hilang kan berganti.

Cuma adakah yang berganti itu lebih baik dari yang hilang itu dan yang tumbuh itu adakah lebih kuat dan bersedia menempuh gelora perjuangan dimasa-masa akan datang...?

Didalam gerombolan Um No pula..bulan ketiga tahun ini,bakal menyaksikan satu pertempuran jarak dekat diantara tiga pendekar dari gua yang berlainan..Dato' Pendekar Jerlun Mukhriz Helang Mengepak, Dato' Pendekar Khir Toyo Sg Burung Pipit dan Pendekar Khairy Jamaludin Gunung Datuk.


Diantara ketiga-tiga calon pendekar ini,siapakah yang dapat menguasai tampok kepimpinan gelanggang Pemuda Um No..?Didalam sibuk berkempen dan bertempur esok...janganlah sampai "yang menang jadi abu,yang kalah jadi arang"

Mereka yang telah mengesahkan diri untuk bertanding ini telah pun menyiapkan matlamat dan visi dan misi untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan memimpin barisan Pemuda ini.."perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" ini adalah kata-kata Rendra..sasterawan dari tanah seberang..ini juga menjadi tagline blogspot sahabat seguru IndukYati iaitu Chegu Bard dari PKR

maka benarlah seperti perbilangan diatas...renung-renungkanlahh

14 Februari 2009

Bubar DUN Perak?

Pre-emtive action..yang telah berlaku di Negeri Perak beberapa hari yang lalu,mungkin tidak mencapai maksud dan matlamat yang sebenarnya.Kenapa?..Mereka yang telah terjun dari Kapal Terbang Um No telah tersalah membaca peta geografi negeri Perak ini.Sepatutnya sebelum Paratrooper ini mendarat maklumat dari Risik haruslah Kelas A..tetapi pihak Risik juga telah gagal membaca faktor geografi negeri yang seluas 21'006km persegi ini.

Faktor mukabumi negeri yang mempunyai banyak kawasan kolam tinggal selepas dikorek bijih timahnya,kawasan Gopeng membawa ke Kuala Kangsar yang punyai banyak batu kapur,atau Larut dan Matang yang terkenal dengan kawasan paya bakau,hutan rimba yang masih tebal di Hulu Perak nampaknya gagal dibaca dengan sebaik dan sekemas yang mungkin oleh Risik Um No.

Akibat dari kepincangan maklumat ini,Paratrooper ini telah diturunkan di kaw. Bukit Merah yang banyak tasik dan pastinya amatlah dalam..kesudahannya pasti mereka ini akan lemas kerana mereka ini hanyalah Paratrooper bukannya skuad elit yang terlatih dalam segala hal...kesian nasib mereka ini yang diketuai oleh Zambry..Jeneral beliau adalah Najib.

Jeneral Najib setelah kalah dua pilihanraya(Permatang Pauh dan Kuala Terengganu) semakin terdesak untuk menang demi membuktikan kebolehan merancang strategi setelah lama berkubu di Kem.Pertahanan..akan tetapi setakat ini adalah hampas sahaja yang Najib dapat.
Najib gagal untuk mendapat bantuan sokongan dari Jeneral 2 Bintangnya iaitu Hisham..kerana Hisham adalah dari Bahagian Senjata..bukannya Infantri yang boleh dikerah secara segera.

Jen.Hisham sibuk berlatih untuk memegang keris dan mengucupnya demi persiapan Bulan Mac yang bakal menjelma..takut takut sumbang pula cara tarik keris dan mengucupnya pula akan mendatangkan riuh rendah dari Divisyen MCA dan Divisyen Gerakan.Satu lagi tekanan dari Divisyen yang ada sehingga terpaksa Hisham menuntut maaf.

Seorang lagi Jeneral yang ada cuma pangkatnya rendah sikit adalah Lt Jen KJ,dia ini pula dari Kor Perkhidmatan(Tukang Sorak)..pada mana-mana pilihanraya yang ada, yang terkenal sekali adalah di Ijok beliau telah menunjukkan kehebatan dan kepintaran untuk bersorak dan memaki penyokong PR, dengan diiringi oleh anggota PomPom dari Kor Perkhidmatannya...telah berjaya menguasai medan.

Tetapi setelah melalui medan perang di PRU 12 yang lalu,Lt Jen KJ telah menyebabkan kekalahan yang teruk pada pihak Um No/Be En lalu khidmatnya telah ditarik dari kempen preemptive ini di Perak yang telah berlaku dan telah pun menjadi sejarah itu.

Setelah berjaya menguasai Negeri Perak, Zambry yang kini telah diangkat sebagai Kolenal,kini menghadapi satu lagi faktor yang tidak boleh dipandang enteng...tindakkan gerila.Risik telah gagal membaca faktor ke-10 Sun Tzu ini.Walaupun berjaya peringkat awalnya menggunakan faktor ke-13 Sun Tzu tetapi agak goyah kadar jayanya.

Kini Nizar akan menggunakan faktor ke-5,6,9,11 dan 12 Sun Tzu. Kesannya pasti hebat kerana perang gerila ini telah membuktikan sendiri kehebatannya(rujuk Force 136) yang berpusat dari mana..?Ya betul dari Negeri Perak.rujuk;http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136
Perang gerila ini yang diketuai oleh Mej Sivakumar pasti mendatangkan kesukaran tahap tinggi kepada Kol.Zambry dan anggota skuad BeEnd.

Yang pasti kesan dari pertempuran gerila ini pasti mendatangkan kesan psikologi yang mungkin tak tertanggung kelak, signal telah dikeluarkan apabila Kol.Zambry telah menarik diri dari pemilihan barisan Jeneral Um No pada bulan ketiga dalam tahun ini.Perang saraf telah bermula, siapa yang bertahan tidak boleh bertahan untuk tempoh yang lama,yang menyerang tidak boleh dan dapat mengekalkan momentum untuk menyerang.

Setelah letih dan capek menyerang kini hanya pihak yang berupaya dengan faktor pertama,2,3,4,7 dan8 Sun Tzu akan beroleh kemenangan.Kita tunggu dan lihat.