11 Februari 2009

Berjuanglah..!!

Berjuanglah anda semua,berjuang untuk menegakkan pegangan,berjuang untuk mencapai matlamat,berjuang untuk mencapai kepuasan diri,berjuang untuk sesuap nasi untuk anak-anak.

Berjuang untuk mencari rezeki mungkin memeritkan pada ketika ekonomi di kala ini amat melecet,ramai orang hilang panduan dan pegangan demi untuk sesuap nasi.Ada yang sanggup menjual maruah diri menjadi balaci politikus,ada yang sanggup menggadai nyawa demi untuk mendapatkan hasil secara haram dengan merompak dan mencuri.

Mereka ini sanggup dan rela demi mengadakan sesuap rezeki,tidak menjadi pertimbangan samaada halal atau haram..seorang ahli Um No pernah mengatakan melacurkan diri(utk kaum wanita) adalah dibenarkan jika darurat...benarkah sampai begitu sekali?

Dalam hal perjuangan bagi mereka yang ikhlas,bukan ganjaran menjadi sandaran.Bukan gelaran menjadi impian,bukan harta dan imbuhan menjadi permintaan.Tetapi apa..? Ada yang mengharapkan perjuangan mereka ini disambung oleh anak cucu mereka..

Sememangnya benar..mengekalkan sesuatu adalah memeritkan daripada mendapatkannya.Dalam jalur perjuangan kembarnya adalah pengorbanan,dua patah perkataan ini adalah sama iring..sinonim?Tiada terkorban orang didalam medan perang dek kerana berjuang...pejuang kemerdekaan terkorban didalam menuntut negara ini bebas dari cengkaman penjajah.Syuhada terkorban dalam perjuangan menegakkan akidah.

Saudara Islam di Gaza terkorban demi memperjuangkan tanah milik mereka yang dirampas rejim Israel,saudara Islam kita di Tak Bai terkorban kerana perjuangan menuntut wilayah yang mereka hendak tadbir sendiri, saudara Islam kita di Mindanao berjuang untuk menuntut kerajaan sendiri demi memelihara akidah mereka sebagai seorang Islam...sehingga mengorbankan jiwa yang bukan sedikit.

Ada juga yang menjadi pelarian kerana tidak mahu terkorban dinegara sendiri kerana diperintah junta tentera..Pelarian Rohingya,kemana mahu mengadu nasib..Negara Islam yang lain sibuk dengan hal sendiri..bercakaran dan berkonfrontasi sesama sendiri.Bagai enau dirimba,melepaskan pucuk masing-masing.

Itulah serba sedikit tentang berjuang dan berkorban...apakah yang kita perjuangkan dan sanggupkah kita berkorban kerananya?Teringat IndukYati tentang satu surah dari AlQuran..lebih kurang bunyinya.."Allah tidak memandang kepada pakaianmu tetapi hatimu"

Jika hati kita sanggup berkorban demi perjuangan..Allah sahaja yang layak membalasnya.

06 Februari 2009

Darah BugisKu Menggelagak

Ketika membaca blog; http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/, IndukYati teringat kata kata "kekanda" IndukYati beberapa tahun lepas, "Keris tajam, lagi tajam jika ditikam dari belakang,dan yang menikam itu adalah kawan kita",

Maknanya yang menikam dari belakang itu adalah orang kita sendiri,bangsa kita sendiri,seugama dengan kita,mengaku satu nabi dengan kita,mengaku satu Tuhan dengan kita...pendek kata" saudara- se udara-satu udara" udara yang kita bernafas ini,yang kita hembus itu adakah lain dengan orang lain?

Malam ini IndukYati dipanaskan oleh darah yang menyimpan dendam terhadap pengkhianat bangsa,penjual agama dan perosak negara.Guru IndukYati berpesan,"Jangan sangat-sangat".Perlaksanaan dendam atau balas dendam itu akan dilaksanakan pada PRU yang akan datang,wahai teman-teman yang sefaham..istiqamahlah kita didalam perjuangan ini,jangan hanya "hangat-hangat tahi ayam".

Jadilah Saidina Bilal bin Rabah sebagai ikutan,walaupun nyawa dijadikan galang ganti,namun kalimah Allah tetap membasahi bibirnya,bagaimana satu keluarga semasa dakwah Baginda di Mekah..dibakar hidup-hidup,tetap tidak berganjak pegangan mereka kepada Allah SAW,atau sifat keberanian yang ditunjukkan oleh Saidina Ali ibni Abi Talib didalam peristiwa Hijrah Baginda Rasul ke Madinah...apakah yang memotivasikan pejuang-pejuang ini...renung-renungkanlah..."Berani hidup,berani mati"

05 Februari 2009

Kalah Dahulu,Menang Kemudian

Perkembangan terbaru yang hangat diperkatakan di negeri Perak,amatlah menarik perhatian IndukYati,pertama perihal 'lompat parti'..Dari Um No ke PKR dan balik semula ke Um NO,kemudian dari PR tejun ke lubuk Be End,natijahnya rakyat di kawasan Adun tersebut terpingga-pingga kehairanan dan cukup bengang dan marah serta kecewa,setelah diberi madu dibalas dengan tuba,rakyat berhak marah dengan perlakuan sebegini.

Kedua,Undang-Undang Tubuh Negeri diletakkan sebagai mainan ataupun barang jualan?DYMM Sultan Perak memang diakui arif tentang hal ini.Apakah yang berlegar didalam pemikiran Tunku Sultan,IndukYati tak dapat nak meneka...Ada banyak pilihan yang boleh Tunku Sultan ambil,akan tetapi jalan ini mengundang perspektif yang negatif dan pasti banyak kritikkan akan diterima..

Ketiga,apakah kelak hubungan MB yang baru nanti akan menerbitkan hormat daripada rakyat..?

Bagi IndukYati pula..guru IndukYati pernah berkata"kerja Tuhan semuanya betul".Siapakah kita nak menyoal kepada Allah..kenapa ini semua berlaku?.."Yang manis jangan cepat ditelan,yang pahit jangan cepat dibuang",Teringat kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang terdapat didalam surah AlKahfi itu..Lantaran Nabi Allah Musa mengatakan beliau adalah seorang yang mengetahui semua perkara,lantas Alah menurunkan wahyu,dan mengatakan ada seorang hambaNya yang lebih mengetahui.
Daripada sini kita perlu ambil iktibar,hanya insan yang tabah,sabar dan redha dalam menempuh dugaan hidup ini,pasti akan diangkat darjatnya oleh Allah lebih tinggi daripada manusia yang lain.

Didalam hal di Negeri Perak ini,IndukYati fikir,kita perlu memandang jauh kehadapan,untu 4-5 tahun lagi.Apakah persedian kita dimasa tersebut..apakah langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini.PAS perlu lebih giat lagi menjalankan 'dakwah' dikalangan orang Melayu-Islam dan bagi mereka yang Islam tetapi bukan Melayu harus dilibatkan sekali.Kelab Penyokong PAS haruskan di'pasarkan'secara aggresif...undi mereka ini adalah kunci kejayaan didalam beberapa Pilihanraya,samada Kecil ataupun Umum.

Memang sebak IndukYati bila mendengar Kerajaan PR diPerak telah diganti dengan cara sebegini..tapi perlukah kita meraung,menghentak meja,menumbuk TV atau membakar media arus perdana yang dihantar oleh Asoo atau Uncle Raju didepan rumah kita?
Apabila Baginda s.a.w dihalau keluar dari Taif dengan luka yang berdarah..apakah doa yang dibaca oleh baginda...?Renung-renungkanlah..

Rubayat Al Fansuri:
Aho segala kamu anak alim
Jangan bersahabat dengan yang zalim

Karena Rasulullah sempurna hakim
Melarang kita selain khadim

03 Februari 2009

Palestin

USM sedia rawat budak Palestin cedera;

Berita Harian melaporkan NC USM bercadang untuk merawat kanak kanak Palestin yang cedera ketika Perang 22 hari di Gaza yang telah mengorbankan banyak nyawa itu.Mereka akan ditempatkan di USM Kubang Kerian sepanjang sesi rawatan mereka ini.
IndukYati ingin mencadangkan selain daripada mereka yang tercedera dan memerlukan rawatan lanjut dibawa ke sini,adakah boleh kita mengambil anak anak Palestin ini yang amat memerlukan pelajaran dan boleh ditempatkan di sekian banyak IPTA/IPTS yang ada..sepertimana kita lakukan dahulu kepada anak anak Bosnia ketika Perang Balkan berlaku suatu waktu dahulu.
Adakah semakin banyak kita memberi,semakin kurang apa yang kita ada..?

Pilihanraya lagi ke?

Pilihanraya Kecil yang akan diadakan di Behrang dan Changkat Jering adalah rentetan satu peristiwa yang boleh kita andaikan sebagai satu kesan dari percubaan pihak berkuasa untuk "membeli" dua orang Adun tersebut...adakah mereka ini "desperado"?..
Mereka yang terlibat dalam hal ini.. Jamal dan Osman,memberikan kita satu suasana yang dramatik semenjak dari hari mereka menghilang,gagal dikesan sehinggalah didapati mereka berada di Pahang...untuk apa berada di Pahang untuk jangkamasa yang agak lama juga?
Seperti kata Nobisha..penuh dengan tipu muslihat politik..terpulanglah kepada kita untuk melihat daripada sudut ataupun lapisan yang mana..jika dilihat dari permukaan,maka kita akan mendapati situasi ini sengaja diadakan untuk mengganggu kelancaran Nizar sebagai MB di Perak..
Daripada sudut yang lain pula bagaimana pula...anda jawaplah sendiri yea..IndukYati sengaja melambung tajuk ini supaya kita semua dapat menikmati jawapan jawapan yang bernas daripada penjenguk blog ini.

Kembali

Sudah lama rasanya tidak membuat posting baru untuk blog "Cakap dan Buat ini,iaitu semenjak MAWE memenangi kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu,Bukan kekeringan idea untuk menulis akan tetapi subuk dengan cuti raya cina yang lepas(ada masalah keluarga sedikit),syukurlah segala yang rumit dapat diselesaikan berkat kesatuan hati adik beradik didalam menempuh dugaan dan ranjau hidup,manusia mana yang tak timpa gelombang,bumi yang mana tidak ditimpa hujan..!!
Dalam minggu ini pula sibuk dengan membaca posting di blog rakan rakan seperti Mountwellar(yang bercerita ttg hutan dan khazanah alamnya),Cikgu Nasir(penjual senjata seperti keris,badik,parang dsbnya malah cincin pun ada juga)blog politik seprti Tukar Tiub,MSO dan ramai lagi.banyak berjalan luas pandangan.
Banyak peristiwa telah berlaku sepanjang 5-6 hari yang lepas..seperti Kes Kugan,Adun Bota keluar UM No,kes 2 Adun PKR buat hal,demo di KL kerana membantah PPSMI,FAM memecat jurulatih dan penolong pengurus kerana kalah dgn UAE.Setiap hari pasti ada peristiwa yang besar ataupun kecil akan berlaku,terpulanglah kepada kita untuk mengkaji dari sudut mana sekalipun asalkan ianya memberi manfaat kepada kita dan masyarakat.
Ingin IndukYati ucapkan terimakasih kepada yang menjenguk blog yang tiada apa apa pun ini...semoga apa yang dibaca ada memberi kebaikkan dan berguna juga kepada masyarakat.
Terima Kasih kepada yang memberi komen...semoga apa yang baik itu dapatlah dikongsi bersama dan yang buruk itu sama sama kita jadikan iktibar sepanjang perjalanan hidup kita untuk bertemu Pencipta Segala Apa Yang Ada DiLangit dan Bumi..Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.

17 Januari 2009

Calon PAS menang!!

Akhirnya setelah berkempen selama 11hari,satu keputusan telah keluar pada jam 2127hrs tadi,calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P036 telah memenangi pilihanraya tersebut...Tahniah.
Satu tugas dan amanah yang besar kerana YB Datuk adalah juga wakil rakyat bagi DUN Wakaf Mempelam,sememangnya satu komitmen yang besar harus dipikul oleh beliau..adakah rakyat di KT akan terus memberikan sokongan terhadap beliau...Jika sesuatu tugas itu dilaksanakan hanya kerana Allah,pastinya segala masalah akan dapat diatasi,yang beban akan diringankan,yang sulit akan dimudahkan.Bulat air kerana pembentung,maka bulat kata dek muafakat,
Selepas ini adalah diharapkan segala kekurangan akan dapat diatasi,masalah rakyat akan dapat didengari malah yang lebih utama adalah kebajikan dan keselamatan penduduk dan juga rakyat KT khasnya dan rakyat Terengganu secara amnya...seperti kalimah nama Allah yang menjadi mercu tanda di KT...

BN 30,252, PAS 32,883, Bebas 193 - Majoriti 2,631