14 Februari 2009

Bubar DUN Perak?

Pre-emtive action..yang telah berlaku di Negeri Perak beberapa hari yang lalu,mungkin tidak mencapai maksud dan matlamat yang sebenarnya.Kenapa?..Mereka yang telah terjun dari Kapal Terbang Um No telah tersalah membaca peta geografi negeri Perak ini.Sepatutnya sebelum Paratrooper ini mendarat maklumat dari Risik haruslah Kelas A..tetapi pihak Risik juga telah gagal membaca faktor geografi negeri yang seluas 21'006km persegi ini.

Faktor mukabumi negeri yang mempunyai banyak kawasan kolam tinggal selepas dikorek bijih timahnya,kawasan Gopeng membawa ke Kuala Kangsar yang punyai banyak batu kapur,atau Larut dan Matang yang terkenal dengan kawasan paya bakau,hutan rimba yang masih tebal di Hulu Perak nampaknya gagal dibaca dengan sebaik dan sekemas yang mungkin oleh Risik Um No.

Akibat dari kepincangan maklumat ini,Paratrooper ini telah diturunkan di kaw. Bukit Merah yang banyak tasik dan pastinya amatlah dalam..kesudahannya pasti mereka ini akan lemas kerana mereka ini hanyalah Paratrooper bukannya skuad elit yang terlatih dalam segala hal...kesian nasib mereka ini yang diketuai oleh Zambry..Jeneral beliau adalah Najib.

Jeneral Najib setelah kalah dua pilihanraya(Permatang Pauh dan Kuala Terengganu) semakin terdesak untuk menang demi membuktikan kebolehan merancang strategi setelah lama berkubu di Kem.Pertahanan..akan tetapi setakat ini adalah hampas sahaja yang Najib dapat.
Najib gagal untuk mendapat bantuan sokongan dari Jeneral 2 Bintangnya iaitu Hisham..kerana Hisham adalah dari Bahagian Senjata..bukannya Infantri yang boleh dikerah secara segera.

Jen.Hisham sibuk berlatih untuk memegang keris dan mengucupnya demi persiapan Bulan Mac yang bakal menjelma..takut takut sumbang pula cara tarik keris dan mengucupnya pula akan mendatangkan riuh rendah dari Divisyen MCA dan Divisyen Gerakan.Satu lagi tekanan dari Divisyen yang ada sehingga terpaksa Hisham menuntut maaf.

Seorang lagi Jeneral yang ada cuma pangkatnya rendah sikit adalah Lt Jen KJ,dia ini pula dari Kor Perkhidmatan(Tukang Sorak)..pada mana-mana pilihanraya yang ada, yang terkenal sekali adalah di Ijok beliau telah menunjukkan kehebatan dan kepintaran untuk bersorak dan memaki penyokong PR, dengan diiringi oleh anggota PomPom dari Kor Perkhidmatannya...telah berjaya menguasai medan.

Tetapi setelah melalui medan perang di PRU 12 yang lalu,Lt Jen KJ telah menyebabkan kekalahan yang teruk pada pihak Um No/Be En lalu khidmatnya telah ditarik dari kempen preemptive ini di Perak yang telah berlaku dan telah pun menjadi sejarah itu.

Setelah berjaya menguasai Negeri Perak, Zambry yang kini telah diangkat sebagai Kolenal,kini menghadapi satu lagi faktor yang tidak boleh dipandang enteng...tindakkan gerila.Risik telah gagal membaca faktor ke-10 Sun Tzu ini.Walaupun berjaya peringkat awalnya menggunakan faktor ke-13 Sun Tzu tetapi agak goyah kadar jayanya.

Kini Nizar akan menggunakan faktor ke-5,6,9,11 dan 12 Sun Tzu. Kesannya pasti hebat kerana perang gerila ini telah membuktikan sendiri kehebatannya(rujuk Force 136) yang berpusat dari mana..?Ya betul dari Negeri Perak.rujuk;http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136
Perang gerila ini yang diketuai oleh Mej Sivakumar pasti mendatangkan kesukaran tahap tinggi kepada Kol.Zambry dan anggota skuad BeEnd.

Yang pasti kesan dari pertempuran gerila ini pasti mendatangkan kesan psikologi yang mungkin tak tertanggung kelak, signal telah dikeluarkan apabila Kol.Zambry telah menarik diri dari pemilihan barisan Jeneral Um No pada bulan ketiga dalam tahun ini.Perang saraf telah bermula, siapa yang bertahan tidak boleh bertahan untuk tempoh yang lama,yang menyerang tidak boleh dan dapat mengekalkan momentum untuk menyerang.

Setelah letih dan capek menyerang kini hanya pihak yang berupaya dengan faktor pertama,2,3,4,7 dan8 Sun Tzu akan beroleh kemenangan.Kita tunggu dan lihat.

5 ulasan:

  1. wah! saya suka cita naratif yati. menarik dan sensasi lg. yati oun baca art of war jgk? bagus pengisianya.

    Semalam dia Kol Zambry ketawa riang apabila Mej Sivakumar memanggil beliau masuk Marsyal Court

    anyway, terima kasih follow blog saya. jawapan ttg no ti saya postkan

    BalasPadam
  2. kah kah kah

    tak abis2 berangan

    kah kah kah

    lansung tak kedepan

    kah kah kah

    bosan punya blog

    BalasPadam
  3. okey jawapan tuk no 3:

    KALER: PURPLE- coz mewakili personaliti anda yg MENARIK dan PELBAGAI(mewah).

    KARIER:
    -kerja yg MELIBATKAN dgn org lain.

    -BAKAT BEKOMUNIKASI mgkn sesuai dalam bdg penjualan (SALES),guru atau PRO.

    -juga bagus dlm PENULISAN dan selalunya menjadi penulis yg berjaya.

    -mgkn sukar bekerja dlm keadaan PASIF atau kerja yg SAMA SETIAP HARI dalam tempoh yg panjang. leh sebabkan MOTIVASI RENDAH.

    - gemar MENCUBA kerja baru coz cepat bosan.

    - sentiasa MENCARI CABARAN DAN PENGETAHUAN baru menyebabkan hal di atas berlaku.

    - mengutamakan PENCARIAN PENGALAMAN dan ILMU yg menyebabkan sukar berada di top post.

    -malah menganggap ILMU dan PENGALAMAN lebih berharga dari KEJAYAAN dan kaya dgn KEBENDAAN.

    kurang lebih harap dimaafkan. sekadar berkongsi ilmu aje.

    BalasPadam
  4. Salam semua

    Kasutlama,
    terima kasih kerana sudi menjenguk.

    SS san
    Ada yang kena batang hidung,ada yang belum ditempuhi..terima kasih kerana berkongsi..

    Prof
    terima kasih..saya pun baru mencuba,ada kala idea ada,tapi hijab tidak dibuka,maka lafaz tak terucap.

    BalasPadam