07 April 2009

Apabila kertas undi dipangkah....!!

Mari kita lihat siapa yang kena..,begitulah kata-kata arwah Ibrahim Pendek dalam lakonan hebatnya dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok'..Setelah tidak dibenarkan bekerja kerana hari tersebut bukan waktu bekerja(penyamun pun ada kod etika) telah meminta pinjam buah dadu kepunyaan Chief Penyamun lakonan arwah Tan Sri P.Ramlee. Pesan Chief buah dadu tersebut hanya boleh dimainkan sebanyak 3 kali sahaja, cerita selebihnya pasti ramai yang mengetahuinya.

Pagi nanti akan berlangsungnya proses pembuangan undi,satu proses yang terdapat didalam amalan demokrasi yang telah lama dilaksanakan didalam negara ini.Sebelum pembuangan undi dapat dijalankan..pihak ejen kempen dari parti atau pihak yang bertanding akan memastikan parti mereka menang atau mereka yang terlibat itu akan menang(calon bebas).

Atas dasar apa pengundi mahu mengundi? Matlamat,manifesto parti,visi dan misi parti,calon yang dipilih oleh parti? adakah ini yang menjadi kayu ukur atau alat pemilihan yang dilambakkan kepada para pengundi..? Adakah ini serupa menjual impian seperti mana yang diucapkan oleh Sarjan Pendek....'sapa mahu jadi kaya....tikam 2 nombor lah,mungkin ente semua akan jadi kaya drpd ana lahh..',maka datanglah orang miskin(org kaya sebelumnya tetapi telah disamun oleh kawan-kawan Sarjan Pendek) cuba membeli impian menjadi kaya semula...adakah dia berjaya..?sekali lagi anda sudah tahu jawapannya.

Kehadiran ramai pemimpin parti politik di 3 tempat panas tersebut...tidak dapat lari menjual impian kepada para pengundi setempat..walaupun isu-isu setempat banyak diperkatakan,namun ianya sudah boleh dijangka oleh pemerhati,pemimpin politik dan strategis politik..mari kita lihat siapa yang kena...!!!

Setelah 3 kali membaling dadu(kesemuanya nombor 2) maka Sarjan Pendek pun menggulung kad permainan dan mahu pulang..pulang dengan wang yang banyak hasil menjual impian menjadi kaya yang telah dibeli oleh rakyat...rakyat yang dahagakan pembangunan,rakyat yang mahukan keadilan,rakyat yang mahukan kesamarataan dalam agihan kekayaan milik negara.

Sarjan Pendek dalam sibuk mengira margin keuntungan yang tidak ditolak oleh modal kerana hanya meminjam dari Chief Penyamun,maknanya100% untung, begitu teruja melihat seorang orang kaya memberi sedekah kepada orang ramai dihadapan rumah beliau.Ini mendorong Sarjan Pendek memaklumkan kepada Chief Penyamun betapa ada orang kaya baru di kota tersebut........namun sekali lagi anda sudah tahu apa yang telah berlaku.

Sebagai rakyat Malaysia yang dikatakan sudah 51 tahun merdeka...apakah kita tidak belajar dari sejarah...apa yang telah lakukan oleh BeEnd sepanjang 51 tahun lepas...Didalam negara ini undang-undang menjamin kita untuk kita sebagai rakyat untuk mendapatkan hak-hak sebagai rakyat dinegara ini...Apakah hak mereka ini dijamin oleh undang-undang Malaysia?Apakah polis berhak menembak Suwandi Abd Ghani,Muhamad Azman bin Aziz dan mereka yang terbabit didalam Peristiwa Black 8 Septembar 2007..di Batu Buruk?

Ustaz Ibrahim Mahmud,Ahmad Hassan,Syafie bin Dahaman,Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman,Abdul Manaf bin Waden..kenalkah kita kepada mereka? Mereka ini korban dari Operasi Angkara diketuai oleh Tun Musa Hitam ketika memegang jawatan sebagai TPM..adakah kita mahu membiarkan darah mereka ini menjadi sia-sia sahaja...

Maka sekarang ini,terpulanglah kepada pengundi di Bukit Selambau,Bukit Gantang dan Batang Ai untuk memilih siapakah yang mereka mahu menjadi wakil didalam Dun dan Parlimen..."sesungguhnya tiada paksaan didalam agama"

2 ulasan:

  1. "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    BalasPadam
  2. Salam

    Anak Pendang Sekeluarga,
    Terima Kasih kerana sudi menjenguk,Insya Allah sampai masa nanti saya akan sampai di laman blog anda.

    BalasPadam