17 Februari 2009

Kata Perbilangan

Bagaimana dek orang,begitu dek kita

Apabila orang mampu membuat sesuatu kita juga harus mampu melakukannya juga, dan jika kita boleh melakukan sesuatu, maka orang lain pun begitu juga.Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan tidak putus asa.
Dalam konteks di Negeri Perak ini, hal sebegini telah terbukti telah berlaku..Um No pernah menyaman pemimpin pembangkang,Um No/Be End pernah melakukan taktik diluar jangka dan amat kotor, begitu juga kini pemimpin PR sedang melakukan taktik diluar jangka, kes saman pun tidak boleh diabaikan juga.

Sememangnya kata-kata orang tua ini tidak boleh diketepikan,perbidalan,pepatah dan peribahasa amat sebati didalam budaya orang kita..Yang tua di hormati, yang muda di sayangi.

Didalam hal pergerakkan Pemuda di Malaysia ini, khususnyaPAS dan Um No..bakal melihat perubahan corak kepimpinan. Pemuda PAS yang diterajui oleh Salahuddin Ayob akan melepaskan jawatannya itu untuk memberi laluan kepada barisan pengganti yang bakal mencorakkan wajah serta pembawaan yang baru kepada barisan Pemuda PAS.Beliau yang kini berumur 48 tahun akan melepaskan jawatan tersebut, pastinya bakal pengganti beliau itu seharusnya telah terbukti dengan kualiti kepimpinan,ilmu dan mempunyai sifat sifat seorang pemimpin yang telah digariskan di dalam kitab Al-Quan.Yang patah kan tumbuh,yang hilang kan berganti.

Cuma adakah yang berganti itu lebih baik dari yang hilang itu dan yang tumbuh itu adakah lebih kuat dan bersedia menempuh gelora perjuangan dimasa-masa akan datang...?

Didalam gerombolan Um No pula..bulan ketiga tahun ini,bakal menyaksikan satu pertempuran jarak dekat diantara tiga pendekar dari gua yang berlainan..Dato' Pendekar Jerlun Mukhriz Helang Mengepak, Dato' Pendekar Khir Toyo Sg Burung Pipit dan Pendekar Khairy Jamaludin Gunung Datuk.


Diantara ketiga-tiga calon pendekar ini,siapakah yang dapat menguasai tampok kepimpinan gelanggang Pemuda Um No..?Didalam sibuk berkempen dan bertempur esok...janganlah sampai "yang menang jadi abu,yang kalah jadi arang"

Mereka yang telah mengesahkan diri untuk bertanding ini telah pun menyiapkan matlamat dan visi dan misi untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan memimpin barisan Pemuda ini.."perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" ini adalah kata-kata Rendra..sasterawan dari tanah seberang..ini juga menjadi tagline blogspot sahabat seguru IndukYati iaitu Chegu Bard dari PKR

maka benarlah seperti perbilangan diatas...renung-renungkanlahh

6 ulasan:

  1. Maaf - apa yang berlaku hari ini secara sedar @ tidak satu pertembungan ideologi yg dizahirkan dalam bentuk matlamat menakutkan - terutamanya UMNO : dia buat tak apa orang lain buat tak boleh.
    kes terbaru di selangor
    kes ADUN Bkt Lanjan.
    rasanya kalau mahu diselongkar cerita moral....rasanya semua sistem hari ni berat sebelah.

    saya tak faham - hari MATLAMAT SEAKAN MENHALALKAN semua cara.
    yang penting MENANG
    macamana nak MENANG.....

    3 panglima yg ada pertarung.
    kekiri kita kena kekanan pun kita kena....

    BalasPadam
  2. Salam Jinggo

    Benarlah bagai dikatakan..Terima Kasih sudi menjenguk

    BalasPadam
  3. salam singgah, dari blog mountdweller

    BalasPadam
  4. hmm.. boleh jadi mukhriz akan jadi seperti bapaknye..

    BalasPadam
  5. matlamat seakan menghalalkan semua cara~ itulah namanya Prinsip Michaevelli.

    "Pemudalah yg mendukung sesuatu fahaman dan perjuangan"

    BalasPadam
  6. Mak Su

    salam diterima,Terima kasih kerana menjenguk

    Fitrahulinsam

    Bapa borek,anak.....,hang jawablah sendiri..

    SS san

    Ramai anak muda menjadikan TDM sebagai contoh dan idola mereka..sewaktu beliau menjawat sebagai PM...tapi kita jarang bertanya siapakah yang menjadi contoh dan ikutan beliau didalam membangunkan Malaysia ini...
    Maka apa yang TDM buat 21 tahun yang lepas..sekarang lah terjelma akibatnya..

    BalasPadam