11 Februari 2009

Berjuanglah..!!

Berjuanglah anda semua,berjuang untuk menegakkan pegangan,berjuang untuk mencapai matlamat,berjuang untuk mencapai kepuasan diri,berjuang untuk sesuap nasi untuk anak-anak.

Berjuang untuk mencari rezeki mungkin memeritkan pada ketika ekonomi di kala ini amat melecet,ramai orang hilang panduan dan pegangan demi untuk sesuap nasi.Ada yang sanggup menjual maruah diri menjadi balaci politikus,ada yang sanggup menggadai nyawa demi untuk mendapatkan hasil secara haram dengan merompak dan mencuri.

Mereka ini sanggup dan rela demi mengadakan sesuap rezeki,tidak menjadi pertimbangan samaada halal atau haram..seorang ahli Um No pernah mengatakan melacurkan diri(utk kaum wanita) adalah dibenarkan jika darurat...benarkah sampai begitu sekali?

Dalam hal perjuangan bagi mereka yang ikhlas,bukan ganjaran menjadi sandaran.Bukan gelaran menjadi impian,bukan harta dan imbuhan menjadi permintaan.Tetapi apa..? Ada yang mengharapkan perjuangan mereka ini disambung oleh anak cucu mereka..

Sememangnya benar..mengekalkan sesuatu adalah memeritkan daripada mendapatkannya.Dalam jalur perjuangan kembarnya adalah pengorbanan,dua patah perkataan ini adalah sama iring..sinonim?Tiada terkorban orang didalam medan perang dek kerana berjuang...pejuang kemerdekaan terkorban didalam menuntut negara ini bebas dari cengkaman penjajah.Syuhada terkorban dalam perjuangan menegakkan akidah.

Saudara Islam di Gaza terkorban demi memperjuangkan tanah milik mereka yang dirampas rejim Israel,saudara Islam kita di Tak Bai terkorban kerana perjuangan menuntut wilayah yang mereka hendak tadbir sendiri, saudara Islam kita di Mindanao berjuang untuk menuntut kerajaan sendiri demi memelihara akidah mereka sebagai seorang Islam...sehingga mengorbankan jiwa yang bukan sedikit.

Ada juga yang menjadi pelarian kerana tidak mahu terkorban dinegara sendiri kerana diperintah junta tentera..Pelarian Rohingya,kemana mahu mengadu nasib..Negara Islam yang lain sibuk dengan hal sendiri..bercakaran dan berkonfrontasi sesama sendiri.Bagai enau dirimba,melepaskan pucuk masing-masing.

Itulah serba sedikit tentang berjuang dan berkorban...apakah yang kita perjuangkan dan sanggupkah kita berkorban kerananya?Teringat IndukYati tentang satu surah dari AlQuran..lebih kurang bunyinya.."Allah tidak memandang kepada pakaianmu tetapi hatimu"

Jika hati kita sanggup berkorban demi perjuangan..Allah sahaja yang layak membalasnya.

2 ulasan:

  1. IndokYati,
    Setiap perjuangan ianya menuntut pengorbanan. Darah, keringat dan airmata adalah cagarannya.

    BalasPadam
  2. Benar Pak Rahim,berkorban dan berjuang ada cagarannya..Ayah IndukYati berkorban dihutan belantara menburu Komunis..setahun hanya berjumpa 2 kali sahaja.

    BalasPadam