20 Februari 2009

Al-Fatihah - Selamat Tinggal Duniaku.....

Kehilangan seorang tokoh pelukis negara yang lebih dikenali sebagai Ib,semalam 19hb Februari,membawa kembali sedikit memori lama bersama anak saudaranya.Sepanjang mengenali dan bersahabat dengan anak saudaranya itu..amat sedikit cerita yang keluar ttg Ibrahim Hussien,
walhal beliau itu seorang yang terkenal didalam bidangnya, yang melangkaui batas politik,agama dan budaya,merentasi batas sempadan dunia sekalipun.

Sahabat IndukYati itu yang digelar "kekanda" selalu memberi tunjuk ajar tentang kehidupan, bagaimana mahu hidup didunia ini...mahu jadi petualang bisa juga, diajar tentang setiakawan, mahu jadi pengkhianat ditunjukkan juga, bagaimana mahu menjadi strategis yang unggul, berani menempuh badai dan ranjau...menjadi pengecut dan tunduk kepada musuh..itu bukan dalam kamus hidup 'kekanda'

Walaupun beza umur tidak jauh sangat tetapi 'kekanda' tetap menganggap kami yang sering usrah bersama, sebagai teman sehidup dan semati...masih IndukYati ingat lagi kata-katanya.."keris itu tajam,lagi 'tajam' jika ditikam dari belakang dan yang menikam pula adalah kawan kita"..kata katanya itu memberikan satu sudut pandang yang berbeza kepada IndukYati.."berkawan biar seribu,musuh jangan diseru"...musuh datang kami tak gentar..

Ada satu peristiwa yang masih kekal dalam ingatan IndukYati semasa usrah dengan 'kekanda' dan sahabat-sahabat yang lain, ketika itu jam 3 pagi, sedang bercerita tentang perjuangan baginda Rasul didalam hijrah dan dakwah...tiba-tiba "kekanda"terdiam seketika...sebelum "kekanda" terdiam itu,IndukYati perasan ada bayangan melintas dari pintu masuk dari sebelah kanan kearah kiri..tempat "kekanda" duduk bercerita.Apabila bayang hitam itu masuk dan berhenti didepan "kekanda"..barulah "kekanda" terdiam dan berhenti,seraya memandang keatas..kira-kira 2-3 min,barulah "kekanda" buka mulut semula.

"kekanda" memandang sekeliling,bila pandangannya singgah ke mata IndukYati..'kekanda' tersenyum...kemudiannya dia berkata banyak rahmat dan berkat didalam majlis ilmu...ramai yang berat nak turut serta dalam majlis ilmu.

Bila dia bertanya ada sesiapa yang nampak apa yang telah berlaku itu, ramai juga yang kata tak nampak..IndukYati kata nampak satu bayang hitam masuk dan berhenti didepan 'kekanda'.
Inilah bahagian masing-masing..bila mendapat sesuatu dari HakNya..maka kita akan sentiasa diuji dan diberi dugaan.

"kekanda" adalah anak seorang SN yang juga merupakan abang kepada Allahyarham Datuk Ibrahim Hussien.Pengalaman allahyarham yang berliku dan mencabar, membentuk satu personaliti yang jitu dan tahan ujian.Sememangnya persekitaran membentuk jiwa dan raga.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman disisiNya.

4 ulasan:

  1. indukyaticakap..
    silalah join blog baru aku. kerana boleh mengeratkan silaturahim.tq

    BalasPadam
  2. Salam IndukYati,
    Setiap bidang adalah media untuk berdakwah. Justeru, kekurangan satu bidang sahaja maka umat Islam kekurangan. Apa jua bidang adalah fardhu kifayah kan!
    Kembali almarhum bererti tugas fardhu kifayah itu berpindah kepada kita yang masih hidup dan berkebolehan. Semoga ada pengganti beliau. Mungkin anda sendiri yang berkebolehan.

    BalasPadam
  3. salam semua

    paip-bocor
    jika ada kesempatan akan menjenguk dilaman yang baru

    Dr AWA
    terima kasih diatas sokongan anda..

    BalasPadam
  4. Semoga kita dapoat menghayati perjuangannya walau ia hanya diterjemahkan dgn satu warna aja.

    BalasPadam