28 Mei 2009

Chin Peng...Satu Titik Dalam Sejarah Negara

Riuh rendah sejak berita Chin Peng mahu pulang kenegara ini,menyebabkan ramai pihak samaada mereka yang pernah terlibat didalam usaha memerangi komunis ketika dahulu..membuat banyak kenyataan agar Chin Peng tidak dibenarkan pulang kenegara ini..supaya tidak timbul banyak masalah yang mungkin berbangkit dek kepulangan beliau kelak.

Kenyataan dari bekas perajurit,bekas polis,bekas perwira negara dan dari ahli keluarga perwira yang gugur dimedan juang menyedarkan kita bahawa emosi sangat mempengaruhi jiwa kita apabila isu ini diutarakan.Hampir 50 ribu jiwa terkorban dek kerana kekejaman Bintang Tiga.

Cuba anda tanyakan kepada pemegang pingat Gagah Berani seperti Kanang a/k Langkau dan yang lain-lainnya..pasti mereka akan bercerita akan suka duka,perit getir,azab dan sengsara dalam melaksanakan tugas demi memastikan keamanan negara berada diatas landasannya.

Mereka sanggup dan rela meninggalkan keluarga demi memusnahkan musuh,meyaksikan teman-teman seperjuangan putus kaki,putus tangan,hilang kepala,peluru bersarang didada dan muka...malah ada yang hilang nyawa..yang hidup kini menjadi OKU, yang tiada menjadi ingatan disetiap hati ahli keluarga dan disemadikan difikiran,dikalungkan bunga sempena Hari Pahlawan.

Adakah kita mahu melupakan,menidakkan, mengabaikan perasaan mereka yang terlibat secara langsung, ahli keluarga yang kehilangan seseorang..jadilah seorang warga yang mencintai negara,ibu pertiwi, tanah tumpahnya darah kita ini.Maka apakah anda rasa Chin Peng wajar dibenarkan kembali kenegara ini...?

2 ulasan:

  1. i'm new here..
    just nak sharing my opinion..
    saya cuma rasa pelik kenapa sesetangah orang dungu mungkin tak tau apa yang bekas pemimpin PKM nie telah buat dulu..

    mereka membunuh tanpa rasa bersalah..
    kenapa pembunuh seperti dia, diagungkan oleh sesetngah orang..

    Saya sokong jika Chin Peng datang dimasukkan dalam ISA!!

    Semoga Tuhan jauhkan kita dari segala ancaman dan rintangan..Amin..

    BalasPadam
  2. salam husna7..
    terima kasih kerna sudi menjenguk..bukannya mereka tak mendengar,tak melihat dan tak membaca akan kisah-kisah Komunis/Bintang Tiga ini..
    Hati dan perasaan mereka mungkin telah dilenyapkan untuk merasai,memahami dan menghayati akan jasa dan pengorbanan perwira negara yang gugur dimedan juang

    BalasPadam