12 Jun 2009

Sifat Belas Kasihan

Sifat ini adalah berkenaan rasa kasihan kepada orang lain dan mendorong kita untuk membantu orang lain yang ditimpa kesulitan atau kesusahan.Ramai jiran-jiran kita yang sebenarnya kita tidak sedar amatlah memerlukan pertolongan dan bantuan, tinggal lagi amatlah berat bagi mereka untuk membuka mulut untuk bersuara meminta bantuan.Buktinya sebuah rancangan di stesen televisyen masih lagi menyiarkan segala suka duka mereka yang hidup dalam kedaifan dan begitu senang sekali air mata kita mengalir, habis cerita berhentilah air mata kita mengalir. Miskinnya jiwa kita.

Sedangkan didalam ajaran agama kita ini, sifat sayang sesama Islam amatlah dituntut dan digalakkan agar dijalankan sepanjang masa, tanpa mengira warna kulit, bahasa dan bangsa.

Antara satu orang Islam dengan yang lain ada satu pertalian iaitu kita adalah bersaudara.
Tanpa mengira apa bangsa sekalipun kerana satu ugama, satu tuhan yang disembah, satu rasul yang diakui, satu udara yang dikongsi bersama.

Maknanya apabila sudah mengaku bersaudara maka seharusnya tiada lagi pergaduhan, cerai berai, memutuskan silaturrahim dan sebagainya.

Sedar atau tidak, kita sering membezakan orang lain yang berbeza mazhab sebagai contohnya, jika kita bermazhab Syafie cari pasal dengan mereka yang bermazhab Hanafi,
Kita berfahaman Syafie bergaduh dengan mereka yang faham Wahabi.

Bila mana ini berlaku, maka longgarlah kekuatan kita sesama Islam, dimanakah perjanjian kita tadi .Hilanglah sudah rasa belas kasihan kita kepada sesama Islam.

Bila tiada rasa belas kasihan sesama Islam, maka yang seing berlaku adalah khianat mengkhianati, berbohong sesama kita, satu sifat yang negatif.

Sekali lagi bila mana kekurangan Ilmu, maka kita sering terjebak didalam sitiuasi yang amat merugikan kita sesama Islam. Perkara yang kita kurang maklum, kita akan tolak bulat-bulat dek ceteknya pengetahuan kita itu.Contoh ramai yang tak pernah jumpa hantu, tetapi ramai pula yang takut hantu..

Ramai yang tak takut Tuhan sebab tak pernah nampak…tapi Tuhan itu ada. Sifat belas kasihan ini bukan hanya patut ada untuk sesama manusia sahaja, sewajarnya kita mendidik diri kita dan keluarga untuk sama sama juga mempunyai rasa belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain juga…Fikir-fikirkanlah..

09 Jun 2009

Berkata Sepanjang Akal

Apabila memberi pendapat dan pandangan kita harus menyedari kebolehan sendiri; melakukan sesuatu berdasarkan kemampuan diri. Dalam hidup bersaingan dalam masyarakat luas, seseorang didalam masyarakat tersebut perlu berpengetahuan atas kemampuan diri sendiri

Perbilangan;
Menjangkau serentang tangan,
Memikul sekuat bahu,
Melompat seayun langkah,
Berkata sepanjang akal

Dalam kata lain bermaksud “ukur baju di badan sendiri” sering diucapkan oleh orang tua kita kepada anak-anak muda,khususnya yang baru nak memulakan langkah berdikari. Kenapa agaknya kata-kata ini sering diucapkan? Mesti bersebab dan pastinya punya makna tersendiri. Mari kita fikirkan bersama.

Bagi anak muda, mereka sering mengimpikan gaya hidup yang serba terkini. Pakaian berjenama mahal,seluar potongan yang terkini,telefon bimbit berteknologi baru dan yang paling hebat. Punyai kereta yang mampu menggegarkan plaza tol Sg Besi selepas membayar tiket tol..dan pelbagai “terkini lagi sensasi”.

Bagaimana mahu mendapatkannya…? Ada dua pilihan, pertama bekerja keras dengan cara yang baik dan bersungguh-sungguh, yang kedua..adalah lawan kepada yang pertama.
Cara yang paling mudah selalu diambil oleh anak muda kita dalam usaha mencari kesenangan hidup. Apakah ini yang sebenarnya yang mereka cari?

Tanpa mengetahui kemampuan diri yang sebenarnya mereka ini selalu memilih jalan pendek tetapi tidak selamat. Tidak ramai yang mahu memilih jalan jauh tetapi selamat kerana hanya melambatkan pergerakan,tidak mahu ketinggalan didalam dunia fesyen terkini,tidak mahu dipulaukan oleh teman-teman kerana punyai kereta yang hanya layak dipandu oleh makcik-makcik yang mahu kepasar membeli sayuran dan ikan.

Bagaimana mahu merubah cara hidup tanpa terjerumus ke kancah kehinaan? Pastinya sikap perlu diubah dahulu..sikap yang negatif perlu ditukar menjadi positif dan cemerlang..dahulu sukar bangun awal membuat ibadat,kini tidak lagi.jika dahulu kurang menghormati ibubapa, kini menjadi sebutan mereka yang tersayang. Jika dahulu suka membuang masa melepak ditepi warung atau jalan, kini tidak lagi. Sentiasa mencari perkara-perkara yang lebih bermakna dan memberi faedah.

Apakah yang mendorong perubahan sikap? Ilmu memainkan peranan dan fungsi utama didalam pendidikan sahsiah seorang insan..terutama sekali anak muda..mereka ini penuh tenaga muda namun jika tidak disertakan dengan ilmu sahsiah yang tinggi pastinya akan mewujudkan sekumpulan anak muda yang kaya tenaga muda tetapi miskin ilmu diminda.

Pastinya pak menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal-ehwal belia seharusnya peka akan hal ini..mulai saat ini seharusnya bergerak untuk membina jatidiri anak muda ini dengan semangat cintakan bangsa,agama dan ibupertiwi.



Apabila anak muda ini mengenali diri mereka,tahu kemampuan mereka dan tahu apa makna mereka hadir kedunia ini, pastinya itu akan merangsang minda supaya mengejar kecemerlangan didalam hidup,menjadi harapan dan kesayangan keluarga,masyarkat dan juga negara. Anak muda yang tidak melupakan agama sebagai paksi didalam hati mereka,yang menjunjung kesucian agama didalam setiap perlakuan akan menghadirkan satu personaliti anak muda yang hebat dek baiknya peribadi,moleknya keimanan diri dan mantapnya ilmu didada.



Apakah ini terlalu ideal?...Fikir-fikirkan lah..

05 Jun 2009

BahasaKu..!!




Ada orang tak faham bahasa,




Ada orang tak reti bahasa,




Ada pula yang berbahasa,




Yang lain pula macam-macam bahasa





Yang bahasa Jawa,




Yang bahasa Sunda,




Yang bahasa Minang,




Yang bahasa Banjar,




Yang bahasa Rawa,




Yang bahasa Mandailing




Yang bahasa Bugis,




Mereka ini pun berbahasa Melayu,






Ada pula berbahasa Melayu,




Tapi bunyinya Kelantan




Ada yang bunyinya Terengganu




Dan juga berbunyi Pahang,




Bila bahasa Melayunya berbunyi Johor




Kita bisa mengerti,




Bila katanya berbahasa Negeri




Ramai pula yang cuba nak ikut sekali,




Ada juga dari Melaka,berdondang sayang dan berpantun,




Begitu enak sekali.






Jalan-jalan lagi ke utara,




Bila masuk ke Perak,bunyinya sama tapi tak serupa,




Udah gitu gamaknya..masuk ke Kedah...hang jangan buat leceh...!!




Sudah resam orang kita..Dimana bumi dipijak..disitu langit dijunjung..!!




Jalan-jalan ke Pulau Pinang..kalau tak pekena Nasi Kandar....tak cukup sifat namanya.






Ragam mencari bahasa...bila ketemu cintailah sepenuhnya,




Kerana Bahasa Jiwa Bangsa...mana bangsa yang tidak punya bahasa..!!




Dek kerana buta bahasa yang nama bergelar di panggil Encik/Cik..payah betul,




Jika tak faham bahasa ini...nanti ditanya pula sekolah kat mana?




Daripada tak reti bahasa...boleh mendatangkan marah pada yang ditanya.




Bukankah elok jika kita belajar bahasa..tak faham banyak,sikit pun jadilah..








Ada pula pandai berbahasa...bila berkata berlapis-lapis makna bahasanya,




Jika faham selapis...maknanya tak sampailah lagi maksud kata-katanya dek tinggi bahasa,




Entahlah mungkin kerana ramai yang tak faham bahasa..orang sekeliling puas menyindir dan
perli,tapi telinga buat pekak pula...jangan salahkan dia..sebab dia tak reti bahasa...





Begitu-begini...pelbagai hal bersangkutan bahasa...tapi jangan pula berkata..."I'm look stupid when speaking in Bahasa"...ehh...siapa yang berkata ini...Keluarga dia tak ajar ke anak dia berbahasa...entah lah!!!
















03 Jun 2009

Roboh Lagi...Apa RM 300 juta?







Stadium Terengganu runtuh.....??? Negara kecoh lagi dengan bangunan runtuh lagi. Kali ini ialah sebuah stadium yang dalam pembinaan di Terengganu .Bayangkan kalau orang ramai sedang memenuhi stadium semasa acara sukan sedang diadakan tentu banyak nyawa yang akan terkorban.



Status : Dalam pembinaan;



Owner : Kerajaan Negeri Terengganu;



Kontrator: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV;



Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd;



Civil & Structural Engineers - AZM Engineers- MA;



Consult-Protech Consultant consortium;



Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd






Kejadian runtuhan bagai gempa bumi kata seorang petugas stadium yang ditemuramah wartawan." tak dapat nak selamatkan kereta ayah saya yang diletakkan dikawasan itu" kata seorang jurulektrik.Mereka ini hampir maut dek kerana kecuaian manusia,didalam pembinaan stadium terbabit.Memang sejak dulu..kita amat suka membuat kerja last minute..dek kerana terbiasa..maka menjadi budaya, yang amat buruk dan amat besar kesan negatifnya jika sesuatu yang buruk berlaku...






Kejadian ini seharusnya membuka mata masyarakat, bahawa apa yang penting adalah kualiti dan bukannya kuantiti..adakah berbaloi dengan tanda harga RM 300 juta..pada waktu ekonomi yang tenat ini...stadium yang tak sampai setahun dirasmikan boleh roboh..?